Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Krim alahan membentuk lebih 40% iklan jualan dikeluarkan daripada platform e-dagang pada 2022: HSA

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2023 02:57PM Dikemas Kini : 20 Feb 2023 08:45PM
SINGAPURA: Produk krim untuk membantu melegakan ekzema atau alahan membentuk 43 peratus iklan barangan yang dikeluarkan daripada platform e-dagang tempatan tahun lalu, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Isnin (20 Feb).

Produk tersebut merupakan antara 477 jualan online produk terlarang termasuk ubat perangsang seksual (55 peratus), ubat melegakan rasa sakit (1 peratus) dan kurangkan berat badan (1 peratus), dengan 192 amaran dikeluarkan kepada penjual.

Jumlah tersebut hampir separuh yang dilaporkan 2021, menurut HSA, sambil menekankan bahawa kerjasama rapat dengan pentadbir platform tempatan memastikan penyenaraian produk haram dikeluarkan dengan segera dan penjual dimaklumkan tentang peraturan penjualan.

HSA menyatakan bahawa 10 orang, termasuk tiga kanak-kanak melaporkan "kesan sampingan yang teruk atau kesan luar biasa" selepas mengambil atau menggunakan produk tercemar.

Sejenis steroid dipanggil clobetasol propionate, ditemui dalam tiga produk yang dipromosikan untuk kegunaan bayi - Star Cream, Tao Ju Hui Yi Mei Li Shang Kou Hu Li Ruan Gao dan Jolicare Baby Cream.

Produk tersebut dibeli online atau di gerai sementara, atau daripada luar negara menerusi rakan atau saudara mara dan dipasarkan untuk memenuhi pelbagai keperluan kesihatan dan/atau gaya hidup.

Seorang bayi berusia empat bulan dimasukkan ke hospital kerana mengalami keracunan steroid selepas ibu bapanya membeli Star Cream online dan menggunakan krim itu untuk merawat ruam lampin.

Dia kemudian didiagnos menghidap Sindrom Cushing, yang memerlukan pemantauan jangka panjang.

Seorang lelaki berusia 60-an juga mengalami sindrom Cushing selepas menggunakan AlphaMiracHERBS - produk yang didapati mengandungi steroid yang kuat, Dexamethasone - selama tiga hingga empat bulan untuk merawat psoriasis.

"Produk kesihatan terlarang adalah ancaman kepada kesihatan dan keselamatan awam. Selagi ada permintaan, ia akan terus dijual dan mungkin muncul semula di bawah nama atau bungkusan yang berbeza untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa," menurut HSA.

Pihak berkuasa itu menambah bahawa bahaya penggunaan produk tercemar termasuk janji palsu, kurang kawalan berkaitan mutu, dan tiada cara untuk pengguna mendapatkan pampasan kerana kesukaran menentukan sumber produk tersebut.

HSA juga menasihatkan pengguna supaya berhati-hati sebelum membeli atau mengambil produk kesihatan, selain menyemak dakwaan dibuat berhubung produk berkenaan. Mereka juga digalakkan berbincang dengan doktor jika tidak pasti.

Pihak berkuasa itu menyatakan bahawa ia merampas 737,000 unit produk kesihatan haram bernilai S$640,000 tahun lalu menerusi serbuan penguatkuasaan dan pembelian rahsia, naik S$200,000 berbanding 2021.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan