Skip to main content

Singapura

Kren baharu tumbang di Pelabuhan Tuas semasa penghantaran

Anggaran Waktu Membaca:
Kren baharu tumbang di Pelabuhan Tuas semasa penghantaran

Petikan skrin daripada video yang tersebar di media sosial menunjukkan kren yang tumbang di Pelabuhan Tuas pada 15 Jun 2025. (Gambar: Facebook/Safety Watch SG)

Diterbitkan : 16 Jun 2025 03:04PM Dikemas Kini : 16 Jun 2025 03:08PM
SINGAPURA: Sebuah kren baharu tumbang di Pelabuhan Tuas semasa ia sedang dihantar, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan PSA Singapore dalam kenyataan media bersama pada Ahad (15 Jun).

Kren dermaga (quay crane) baharu tersebut sedang dihantar ke tempat pelabuhan yang tidak beroperasi sekitar jam 1.20 petang Ahad apabila ia tumbang.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, menurut MPA dan PSA.

Video kejadian yang tersebar online menunjukkan kren yang terjatuh dengan awan debu di sekelilingnya.

Seseorang yang tidak dirakam juga kedengaran berkata dalam bahasa Mandarin bahawa kren itu telah tumbang.

"Tiada kerosakan yang dikesan pada peralatan dan kemudahan pelabuhan bersebelahan," menurut MPA dan PSA.

"Semua tempat pelabuhan PSA yang sedang beroperasi sekarang ini masih boleh diakses sepenuhnya, dan semua operasi pelabuhan dan kerja-kerja pembangunan pelabuhan tidak terjejas."

MPA dan PSA menambah bahawa kejadian itu sedang disiasat, dan kedua-dua pertubuhan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan mengenai kejadian tersebut.

Dijangka menjadi terminal kontena automatik terbesar di dunia apabila siap kelak, Pelabuhan Tuas PSA mula beroperasi pada 2021.

Pelabuhan Tuas itu mempunyai 11 tempat untuk berlabuh yang beroperasi setakat Mei, dengan satu lagi dijangka dibuka tahun ini.

Empat lagi tempat pelabuhan dijadualkan mula beroperasi pada 2026, manakala dua lagi pada 2027.

Apabila siap sepenuhnya pada 2040-an, Pelabuhan Tuas akan mempunyai kapasiti pengendalian sebanyak 65 juta unit kontena 20 kaki, atau TEU.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita