Kredit Pas Budaya SG boleh digunakan untuk beli buku sastera SG mulai Mac 2026
Rakyat Singapura boleh menggunakan kredit Pas Budaya SG untuk membeli buku-buku sastera Singapura (SingLit) di kedai-kedai buku terpilih mulai 1 Mac 2026, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Jumaat (7 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura boleh menggunakan kredit Pas Budaya SG untuk membeli buku-buku sastera Singapura (SingLit) di kedai-kedai buku terpilih mulai 1 Mac 2026, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Jumaat (7 Nov).
Kredit itu kini boleh digunakan bagi lebih 600 program seni dan warisan, dengan karya sastera dan filem tempatan akan diperkenalkan secara berperingkat di bawah skim berkenaan.
Ini akan memberikan lebih banyak cara bagi rakyat Singapura untuk meneroka pengalaman baharu, sambil menyokong penggiat seni dan warisan tempatan, menurut MCCY.
Buku-buku yang layak termasuk karya fiksyen, puisi, pementasan dan cerpen sastera dalam Bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil, yang ditulis oleh warga atau penduduk tetap Singapura pada waktu penerbitan.
Kementerian itu turut menyatakan bahawa ia bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk melancarkan sokongan perintis Pas Budaya SG bagi filem tempatan.
Inisiatif itu akan bermula dengan program filem tempatan oleh Festival Filem Antarabangsa Singapura (SIFF), yang berlangsung dari 26 November hingga 7 Disember.
Tayangan filem yang layak mesti berdurasi panjang dan diarahkan, diterbitkan atau ditulis oleh warga atau penduduk tetap Singapura, atau diadaptasi daripada hak cipta intelek tempatan.
Berucap di majlis pembukaan Festival Penulis Singapura 2025 di Teater Victoria, Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, David Neo, merujuk kepada Tinjauan Tabiat Membaca Kebangsaan 2024 oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).
Beliau menarik perhatian bahawa hampir sepertiga golongan dewasa yang ditinjau membaca buku SingLit pada tahun lalu.
“Pemerintah ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura mencintai SingLit supaya identiti bersama kita dapat terus dipupuk dan diperkukuh,” kata Encik Neo sambil menambah bahawa MCCY bekerjasama rapat dengan kedai-kedai buku, para penerbit dan pengedar bagi melaksanakan inisiatif tersebut.
“Saya berharap Pas Budaya SG akan menjadi pemangkin utama dalam membantu rakyat Singapura mencintai SingLit.”
LEBIH S$5 JUTA KREDIT DIGUNAKAN
Pas Budaya SG membolehkan warga Singapura menggunakan kredit bernilai S$100 untuk mengurangkan harga tiket bagi acara seni dan warisan tempatan.
Inisiatif itu diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Belanjawan 2025, dengan pemerintah memperuntukkan sekitar S$300 juta untuk pelaksanaannya.
MCCY menyatakan bahawa lebih S$5 juta kredit sudah digunakan, dengan lebih 435,000 rakyat Singapura melengkapkan pendaftaran mereka untuk pas tersebut.
Kementerian itu juga turut bekerjasama dengan rakan kongsi seperti pusat-pusat penuaan aktif, kelab masyarakat dan rumah jagaan untuk merintis lawatan berkumpulan bagi golongan warga emas.
Enam lawatan perintis melibatkan lebih 170 warga emas sudah dijalankan, dengan dua lagi dirancang pada November.
Lawatan sedemikian membantu mengatasi rintangan seperti kecelikan digital dan kekangan dari segi pergerakan, menurut MCCY.
Kementerian itu juga sedang meneroka cara untuk membawakan program seni dan budaya terus kepada warga emas yang menghadapi kesukaran untuk bergerak.
Sebagai contoh, MCCY menjalankan projek perintis bersama Bukit Batok Care Home, di mana aktiviti kebudayaan dibawa terus ke premis-premis supaya warga emas tidak perlu melakukan sebarang perjalanan.
Kementerian menambah bahawa ia merancang untuk memanfaatkan dapatan daripada inisiatif perintis tersebut bagi memperkasa lebih banyak rakan kongsi untuk menganjurkan program serupa secara bebas dan memperluaskan usaha untuk menjangkau lebih ramai warga Singapura.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.