Kredit baharu Pas Budaya SG boleh diguna bagi lebih 400 program seni dan warisan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura boleh memilih daripada lebih 400 program seni dan warisan untuk menggunakan kredit Pas Budaya SG bernilai S$100, bermula Isnin (1 Sep).
Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) menyatakan lebih 100 rakan kongsi sudah turut serta setakat ini.
Ia akan terus menerima permohonan program daripada sektor tersebut untuk memastikan "pilihan yang sentiasa dikemas kini dan meriah," menurut kementerian itu.
Seorang jurucakap kementerian berkata daripada semua permohonan yang diproses setakat ini, kurang daripada lima peratus ditolak - sama ada tidak lengkap atau pemohon tidak memahami sepenuhnya syarat-syarat tersebut.
Syaratnya termasuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman dan sekurang-kurangnya separuh daripada pasukan seni dan penerbitan terdiri daripada rakyat Singapura dan penduduk tetap.
Diumumkan pada awal tahun 2025, pas budaya itu menampung kos tiket untuk acara seni dan warisan tempatan.
Pemerintah memperuntukkan kira-kira S$300 juta bagi inisiatif ini.
Ia bertujuan untuk memupuk rasa bangga dan penghargaan kepada seni, warisan dan budaya tempatan; memberi rakyat Singapura cara untuk menyokong pengamal tempatan; dan merangsang pertumbuhan sektor tempatan, kata MCCY.
Kira-kira 70 peratus program yang ditawarkan berharga S$50 ke bawah.
Persembahan secara langsung membentuk bilangan tertinggi pada sekitar 40 peratus, diikuti oleh bengkel atau ceramah pada 30 peratus.
Program-program ini merangkumi lawatan ke Chinatown dan taman tema Haw Par Villa hingga ke pertunjukan di pusat seni persembahan Esplanade.
ACARA YANG "MENARIK MINAT"
Bagi mengakses kredit Pas Budaya SG, rakyat Singapura yang layak berusia 18 tahun ke atas boleh log masuk melalui SingPass di laman rasmi sgculturepass.gov.sg.
Laman itu juga membolehkan rakyat Singapura melihat maklumat tentang acara-acara yang layak, memeriksa baki kredit mereka dan menggunakan kredit tersebut untuk pembelian tiket melalui penyedia yang dibenarkan, kata MCCY.
Penyedia tersebut terdiri daripada Sistic, BookMyShow, GlobalTix, Klook, Pelago dan Trip.com.
Tiada denominasi tetap bagi kredit yang digunakan.
Nilai maksimum akan ditolak daripada kredit yang disediakan bagi menampung kos tiket program.
Sebarang kos baki boleh ditambah menggunakan kad kredit atau PayNow.
SMS dari ID penghantar gov.sg akan dihantar kepada semua warga yang layak mulai 1 September, namun orang ramai tidak perlu menunggu SMS tersebut untuk mengakses kredit itu, kata MCCY.
Kementerian tersebut dan Pas Budaya SG tidak akan menghantar SMS yang meminta maklumat peribadi atau butiran bank.
Rakyat Singapura juga boleh menggunakan kredit untuk membeli tiket bagi ahli keluarga, seperti ibu bapa membeli untuk anak-anak mereka.
Bagaimanapun, kredit itu bukan untuk dijual semula dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Kredit tersebut sah sehingga akhir 2028.
"Kami menggalak rakyat Singapura menggunakan kredit Pas Budaya SG mereka untuk meneroka tawaran seni dan warisan tempatan yang kaya," kata jurucakap kementerian itu.
"Dengan lebih 400 program yang layak, dan lebih banyak yang akan terus disertakan, kami yakin semua rakyat Singapura akan dapat mencari sesuatu yang menarik minat mereka."

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.