Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kotak kitar semula 'Bloobox' percuma boleh didapatkan hingga hujung Apr

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Mar 2023 06:14PM Dikemas Kini : 19 Mar 2023 10:05PM

SINGAPURA: Mulai Ahad (19 Mac), warga tempatan boleh mendapatkan kotak kitar semula secara percuma.

Kotak 'Bloobox' boleh diambil dari mesin-mesin layan diri di serata negara sehingga hujung April.

Di majlis pelancarannya pada Ahad, Menteri Negara Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran Dr Amy Khor, berharap 'Bloobox' akan dapat menggalakkan lebih ramai mengamalkan kitar semula dengan betul.

"Saya fikir usaha ini dapat kurangkan pencemaran di tong-tong biru kitar semula, yang kini sekitar 40 peratus. Apabila berlaku pencemaran, apa-apa pun turut tercemar, barang-barang tidak lagi boleh dikitar semula, dan ia merugikan usaha kitar semula orang lain. Jadi kami ingin kurangkan pencemaran sedemikian," ujar Dr Amy Khor.

Bagi mengatasi masalah tersebut, label di samping 'Bloobox' menerangkan bahan-bahan yang boleh dan tidak boleh dikitar semula.

'Bloobox' mampu menampung berat sehingga lima kilogram.

Direka oleh para pelajar Institut Teknologi Singapura (SIT), ia boleh dicuci serta dilipat, dan mudah dibuang apabila tidak lagi boleh digunakan.

Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan