Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kotak Bloobox percuma untuk setiap keluarga kitar semula di rumah diagih mulai 19 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Kotak Bloobox percuma untuk setiap keluarga kitar semula di rumah diagih mulai 19 Mac

Bloobox. (Gambar: NEA)

Diterbitkan : 17 Mar 2023 02:31PM Dikemas Kini : 17 Mar 2023 04:15PM
SINGAPURA: Kotak kitar semula percuma untuk digunakan di rumah boleh diambil oleh setiap isi rumah di Singapura mulai 9.00 pagi, Ahad (19 Mac), menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat.

Kotak dipanggil 'Bloobox', itu boleh dilipat, dicuci dan digunakan semula itu. Ia boleh diambil dari mesin layan diri di 140 lokasi, termasuk kelab masyarakat, pusat tukaran bas dan ruang-ruang awam lain sehingga 30 April.

Inisiatif Bloobox diumumkan pada November 2022 dengan tujuan menggalakkan setiap isi rumah di Singapura untuk mengadakan sudut kitar semula di rumah, jelas NEA.

Kotak-kotak itu pada mulanya disediakan untuk penduduk di kawasan undi Fengshan, Sembawang West, Tampines North, Yio Chu Kang dan Yuhua semasa fasa uji cuba inisiatif itu.

Ia direka bentuk dengan kerjasama sepasukan penuntut dari Institut Teknologi Singapura (SIT) dan boleh menampung berat sehingga 5 kilogram (kg) kertas, plastik, besi atau kaca yang boleh dikitar semula, serta e-sisa.

Apabila Bloobox itu penuh, barangan yang boleh dikitar semula di dalamnya itu boleh ditempatkan di dalam tong kitar semula berwarna biru atau tempat pembuangan sampah bagi barangan yang boleh dikitar semula.

Barangan e-sisa harus diletakkan ke dalam tong e-sisa.

NEA menggalakkan orang ramai supaya memeriksa lokasi mesin-mesin layan diri yang terdekat serta jumlah stok sebelum keluar untuk mengambil kotak tersebut. Mereka boleh berbuat demikian di laman web BlooboxGoWhere.

Mereka yang mendapatkan kotak itu di mesin layan diri boleh berbuat demikian dengan mengimbas NRIC atau kad FIN mereka, atau NRIC digital SingPass mereka. Mereka juga boleh menekan nombor NRIC atau FIN secara manual.

"Inisiatif Bloobox membentuk sebahagian daripada kempen 'Recycle Right' atau Kitar Semula dengan Betul, yang bertujuan membantu isi rumah kitar semula dengan betul dan mengurangkan kadar pencemaran dalam tong kitar semula berwarna biru," jelas NEA dalam kenyataan medianya.

"Ini saling melengkapi usaha-usaha berterusan Singapura bagi menjadikan kitar semula mudah bagi isi rumah dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk tentang manfaat kitar semula."

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NEA, Ram Bhaskar berkata usaha menggalak setiap isi rumah untuk kitar semula adalah penting jika Singapura mahu mencapai sasaran kitar semulanya.

"Kita mesti menggalak semua orang untuk kitar semula di rumah sekiranya kita mahu mencapai sasaran negara dengan kadar kitar semula keseluruhan sebanyak 70 peratus menjelang 2030," kata beliau.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan