Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kos untuk rentas sempadan makin naik; rakyat M'sia di S'pura pilih tanggung rindu

Kos melakukan perjalanan di bawah Aturan Perjalanan Berkala (PCA) sekarang boleh mencecah beribu-ribu dolar, setelah Singapura melanjutkan tempoh Notis Jangan Keluar Rumah kepada 21 hari. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2021 09:25PM Dikemas Kini : 17 May 2021 09:47PM

SINGAPURA: Pada hari biasa, Encik Shahruddin Hael Helmy Mohd Noh sibuk menghantar kiriman barangan di merata Singapura.

Pada hujung minggu, beliau sibuk menghantar makanan pula tetapi untuk golongan memerlukan.

Ia sesuatu yang membantunya mengalihkan perhatian daripada rasa rindu yang begitu mendalam terhadap keluarga tersayang.

"Lebih baik saya melakukan sesuatu untuk orang lain daripada tidak berbuat apa-apa. Jika saya satu hari duduk di rumah, saya akan fikir tentang keluarga," katanya.

Encik Shahruddin adalah seorang pekerja Malaysia di Singapura.

Encik Shahruddin bantu hantar makanan kepada golongan memerlukan di Singapura pada waktu lapang. 

Sebagai pencari nafkah tunggal, beliau tidak mampu pulang ke pangkuan keluarga.

Kos melakukan perjalanan di bawah Aturan Perjalanan Berkala (PCA) sekarang boleh mencecah beribu-ribu dolar, setelah Singapura melanjutkan tempoh Notis Jangan Keluar Rumah kepada 21 hari.

Malaysia juga mengenakan kuarantin 14 hari bagi pelawat dari Singapura.

Jadi ternyata perjalanan rentas sempadan atas sebab-sebab mendesak yang dibolehkan bermula Isnin (17 Mei), bukan sepenuhnya satu berita baik.

Selain perlu menjalani kuarantin lebih lama, kos yang perlu dikeluarkan juga akan lebih tinggi.

"Lebih baik saya hantar duit itu kepada keluarga. Saya memang masih merindukan mereka. Setiap hari apabila saya menelefon mereka, anak-anak selalu panggil: Ayah!... Saya rasa terharu kerana tidak boleh peluk mereka," luah Encik Shahruddin.

Namun demikian, beliau menyifatkan dirinya masih beruntung kerana masih mempunyai mata pencarian.

RAKYAT M'SIA MASIH DAPAT SOKONGAN DI S'PURA

Hakikatnya, ada yang ditimpa nasib lebih malang daripada Encik Shahruddin.

Sebilangan rakyat Malaysia di Singapura dipercayai hilang pekerjaan dan terpaksa mengambil kerja baru dengan gaji lebih rendah.

Mujur, masih ada rangkaian sokongan untuk membantu meringankan beban mereka.

Pemilik Aroma Kampung Cik Siti Khadijah Mukhit misalnya, menyiapkan sendiri 200 hidangan makanan untuk diberikan kepada mereka yang hidup susah.

"Saya boleh rasakan keperitan mereka hidup berseorangan di Singapura dan tidak cukup duit untuk berbelanja," katanya apabila ditanya mengapa beliau tampil untuk membantu.

Persatuan Malaysia di Singapura juga mengagihkan makanan dan menghulurkan bantuan untuk sewa tempat tinggal.

Ini sebahagiannya dilakukan menerusi pendanaan awam. Setakat ini, persatuan itu sudah berjaya membantu sekitar 400 orang.

Sedang kes COVID-19 kembali naik sehingga langkah-langkah lebih ketat dikuatkuasakan di Malaysia dan Singapura, peniaga yang beroperasi di kedua-dua negara pula turut terus dicengkam masa-masa sukar.

"Perniagaan kami menjunam hampir 90 peratus. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di sana, sukar untuk bergerak ke sana sini. Semuanya ditutup," kata Encik Rayden Yuzz selaku Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat media, Studio Five.

Keadaan di Koswe pada sekitar 7.20 pagi pada 18 Mac 2020. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Mereka lazimnya menjana pendapatan daripada acara-acara mahupun tempahan daripada mempelai.

Pekerjanya tidak diberhentikan buat masa ini tetapi gaji barisan pengarahnya dipotong sebanyak 75 peratus dan operasinya di Johor juga diubah secara drastik.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan