Kos sara hidup, keluarga dan belia jadi tumpuan AP penggal pertama Dr Syed Harun Alhabsyi dan Hazlina Halim untuk sidang Parlimen ke-15
Anggaran Waktu Membaca:
AP penggal pertama Dr Syed Harun Alhabsyi dan Hazlina Halim.
SINGAPURA: Belia, kos sara hidup dan keluarga antara isu utama yang mahu diperjuangkan Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam penggal pertama, Dr Syed Harun Alhabsyi dan Hazlina Halim.
Menjelang pembukaan Parlimen ke-15 Singapura pada Jumaat (5 September), kedua-dua AP berkongsi jangkaan mereka terhadap sidang baharu ini bersama wartawan Nurhelmy Hakim.
KOS SARA HIDUP DAN ASPIRASI BELIA JADI TUMPUAN DR SYED HARUN
Dalam penggal pertamanya di Parlimen sebagai AP, Dr Syed Harun mengenal pasti dua isu utama yang memerlukan perhatian segera.
"Semestinya apabila kita lihat kepada ketidakstabilan ekonomi, kita amat peka tentang kos sara hidup bagi masyarakat Singapura dan secara khususnya juga bagi masyarakat Melayu/Islam. Ini antara isu yang amat penting yang akan kita kemukakan dalam Parlimen."
Namun, visi Dr Syed Harun tidak terhad kepada masalah ekonomi semasa sahaja.
Beliau menekankan kepentingan memberi perhatian kepada keperluan dan aspirasi belia, terutamanya golongan belia Melayu/Islam.
Bulan lalu, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim mengumumkan pelantikan Dr Syed Harun bersama Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam sebagai peneraju sebuah pasukan bertindak untuk mendampingi golongan belia Melayu/Islam.

Menjelang pembukaan Parlimen ke-15 Singapura, Dr Syed Harun mengatakan bahawa beliau sudah sering berinteraksi dengan para AP lain sebagai persiapan membentangkan hujah-hujah di Parlimen.
Beliau berkata: "Saya rasa bagi AP sepasukan dari PAP amat teruja dan kita sudah pun bersua muka dan kita berkongsi pendapat tentang isu-isu yang berputik di masyarakat. Saya dapati bahawa anggota sepasukan saya, mereka amat dinamik."
"Latar belakang kita amat berbeza dan kita dapat berkongsi pendapat tentang isu-isu dan juga melakarkan huraian dan juga pendapat kita bagi memperbaiki dan membawa Singapura ke hadapan. Saya amat yakin bahawa dalam sidang Parlimen ke hadapan, kita dapat membawa yang terbaik bagi warganegara Singapura," tambah beliau lagi.
Dr Syed Harun Alhabsyi pertama kali dilantik sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dalam Parlimen Singapura ke-14 pada Julai 2023.
Namun, pada 14 Februari 2025, beliau meletakkan jawatan sebelum tamat penggal selama dua setengah tahun.
Setelah itu, beliau menyertai Parti Tindakan Rakyat (PAP) semasa Pilihan Raya Umum Singapura (GE2025) dan kini berkhidmat sebagai Anggota Parlimen GRC Nee Soon.
Berbekalkan pengalaman selama sekitar dua tahun sebagai NMP, Dr Syed Harun tetap merasakan bahawa pengalaman sebagai AP adalah amat berbeza.
Beliau berkata: "Mungkin dari segi pengalaman saya dalam Parlimen yang sebelum ini sebagai NMP di mana saya dapat pengalaman melihat kepada proses Parlimen, cara mengutarakan pendapat dan sebagainya."
"Apabila menjadi AP sebenarnya amat luas tanggungjawab kita. Dalam beberapa bulan ini, saya juga dapati bahawa dapat juga saya mengenal isu-isu kemasyarakatan dan juga isu-isu penduduk saya dengan lebih mendalam dengan lebih dekat. Sebagai AP, kita dapat membawa suara penduduk kita kepada Parlimen demi melakarkan dasar-dasar dan juga langkah-langkah selanjutnya dalam mentadbirkan negara," tambah beliau.
Dr Syed Harun akan menyandang jawatan Setiausaha Kanan Parlimen Pembangunan Negara (MND) merangkap Pendidikan (MOE) pada 1 Oktober nanti.
HAZLINA HALIM INGIN UTARA ISU MENGENAI WANITA, KELUARGA DAN BELIA
Medan Parlimen yang bakal dibuka kelak boleh dianggap sebagai yang paling bertenaga dan bersemangat, terutama sekali bagi AP GRC East Coast, Hazlina Halim.
Menurut Cik Hazlina, ia juga kerana sebilangan Ahli Parlimen (MP) sedang memulakan khidmat buat kali pertama termasuk dirinya.
Bagi Cik Hazlina, ini menjadikan persediaan sebelum berhujah di Parlimen amat penting.
Antara bentuk persediaan ialah melalui sesi bertemu penduduk (MPS) yang juga dianggap sebagai asas utama dalam membina kepercayaan masyarakat.
Beliau mengambil pendekatan proaktif dengan kerap turun padang, sama ada menerusi sesi MPS, kunjungan rumah, mahupun aktiviti kemasyarakatan.
Menerusi sesi-sesi sedemikian, beliau dapat mendengar dan memahami rintihan para penduduknya di Divisyen Fengshan, sekali gus membangkitkan isu-isu berkaitan di dalam Parlimen.
"Memandangkan saya berkhidmat di mana kira-kira hampir 60% penduduk Fengshan merupakan mereka yang berusia 40 tahun ke atas, jadi, salah satu pengumuman di Rapat Umum Hari Kebangsaan baru-baru ini ialah mengenai kejiranan yang sesuai untuk warga emas kita. Golongan warga emas juga pasti mendapat perhatian saya kerana saya sering bertemu dengan mereka." kata Cik Hazlina.
Pengalaman beliau dalam sektor khidmat sosial sebelum menceburi politik turut menjadi bekalan penting untuk menyuarakan isu-isu masyarakat.
"Beberapa isu yang dekat di hati saya termasuk keluarga, kanak-kanak dan pastinya wanita. Saya rasa penting untuk kita sama-sama membantu keluarga yang memerlukan supaya asas sesebuah keluarga itu kukuh. Di rumah merupakan ruang yang selamat untuk kanak-kanak membesar, untuk pasangan melakarkan aspirasi untuk masa depan. Jadi itu adalah salah satu arena di mana saya harap dapat menabur bakti," ujar Cik Hazlina.
Selain itu, isu belia juga menjadi salah satu fokus yang ingin diperjuangkannya di Parlimen.
Dua lagi AP Melayu/Islam penggal pertama merupakan Abdul Muhaimin Abdul Malik dan Fadli Fawzi dari Parti Pekerja (WP).
Encik Muhaimin berkhidmat di GRC Sengkang manakala Encik Fadli berkhidmat sebagai AP di GRC Aljunied.
BERITA Mediacorp telah menghubungi Parti Pekerja (WP).
Sesi mengangkat sumpah para AP dijadual akan berlangsung pada 5.00 petang pada 5 September.
Presiden Tharman Shanmugaratnam kemudian akan menyampaikan ucapan beliau pada jam 8.00 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.