Kos sara hidup kebimbangan utama rakyat SG jelang GE; 25% pengundi belum pasti mahu pilih siapa: Tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Hanidah Amin)
SINGAPURA: Kos sara hidup muncul sebagai kebimbangan utama rakyat Singapura menjelang pilihan raya umum tahun ini, di mana lebih25 peratus yang ditinjau masih belum memutuskan siapa yang mereka mahu undi.
Menurut tinjauan oleh SensingSG yang dikendalikan agensi Blackbox Research, pekerjaan dan pengangguran merupakan isu kedua yang paling membimbangkan.
Tinjauan yang diterbitkan pada Khamis (16 Jan) itu dijalankan pada awal bulan ini dan melibatkan 1,310 rakyat Singapura yang layak mengundi dalam pilihan raya tahun ini. Mereka mewakili berbagai etnik, umur, jantina, jenis perumahan dan kawasan tempat tinggal.
Pilihan raya umum akan datang perlu diadakan menjelang 23 Nov tahun ini. Ia adalah pilihan raya kali ke-14 sejak Singapura merdeka, dan yang pertama di bawah kepimpinan generasi keempat diketuai Perdana Menteri Lawrence Wong.
“Meskipun anggota politik menjadi isu hangat pada 2024, penemuan kami menunjukkan bahawa rakyat Singapura mengutamakan isu seharian,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Blackbox Research David Black.
Menurutnya, faktor seperti peningkatan dalam perkhidmatan pemerintah dan kos sara hidup merupakan perkara utama yang mendapat perhatian pengundi.
NAK UNDI SIAPA?
Kira-kira 25 peratus rakyat Singapura masih belum pasti siapa yang mereka mahu undi pada pilihan raya akan datang, dengan 26.8 peratus responden menunjukkan bahawa mereka masih ragu-ragu atau tidak pasti langsung.
Rakyat Singapura yang lebih muda antara 21 dengan 29 tahun adalah kumpulan usia yang paling tidak pasti, dengan satu pertiga belum membuat keputusan.
Bagi pengundi yang sudah pasti atau agak pasti dengan keputusan mereka, rakyat Singapura lebih tua berusia 50 tahun dan ke atas merupakan kumpulan paling yakin dengan keputusan mereka, iaitu sebanyak 75 peratus.
Pengundi daripada isi rumah berpendapatan sederhana dan tinggi juga lebih pasti dengan keputusan mereka, dengan 74 peratus berkata mereka tahu siapa yang akan mereka undi, berbanding 65 peratus pengundi berpendapatan rendah.
KEBIMBANGAN EKONOMI SATU KEUTAMAAN
Penduduk yang ditinjau juga menyebut keprihatinan ekonomi sebagai faktor utama yang mempengaruhi keputusan mereka.
Setiap responden diminta memilih dua keprihatinan utama daripada 20 faktor yang disenaraikan.
Meskipun kos sara hidup, inflasi, pekerjaan dan pengangguran serta prestasi ekonomi menduduki tiga tempat teratas, pertimbangan politik turut mendapat perhatian - keprihatinan terhadap kemantapan politik dan konsisten, kepercayaan terhadap parti politik, dan kepimpinan terhadap pemerintah semasa, masing-masing menduduki tempat keempat hingga keenam.
Kos perumahan yang semakin meningkat menyusul di tempat ketujuh. Ia juga disenaraikan sebagai kebimbangan utama oleh pengundi kurang 49 tahun, yang muncul sebagai salah satu isu pilihan raya paling utama bagi segmen tersebut. Isu lain dalam 10 senarai itu termasuk perlunya cara baharu membuat sesuatu, isu pertahanan dan keselamatan negara serta bantuan bagi golongan berpendapatan rendah.
Faktor lain, seperti skandal politik, kos kenderaan bermotor, dan bantuan bagi orang kurang upaya mental atau fizikal, mendapat tempat yang rendah bagi pengundi.
KAWASAN UNDI LEBIH PENTING BERBANDING ISU NEGARA
Tinjauan tersebut juga mendapati bahawa mutu pentadbiran di peringkat kawasan undi lebih penting bagi pengundi berbanding peringkat negara, dengan hampir 90 peratus responden berkongsi sentimen itu.
Bagi 88 peratus responden pula, mutu calon yang bertanding di kawasan undi mereka adalah penting, manakala 87.8 peratus menekankan pentingnya khidmat yang dijalankan serta infrastruktur di kawasan undi mereka.
Faktor-faktor tersebut mengatasi pertimbangan di peringkat negara, seperti siapa yang bakal menjadi perdana menteri, parti mana yang terbaik untuk memimpin negara dan prestasi pemerintah sejak pilihan raya lalu.
Meskipun Anggota Parlimen (AP) secara keseluruhannya menerima pujian daripada penduduk di kawasan undi mereka, 87.1 peratus berkata prestasi AP sejak pilihan raya yang lalu adalah baik atau lebih baik, meskipun terdapat perbezaan berdasarkan kawasan dan demografi.
Penduduk di kawasan barat merupakan penduduk paling tidak berpuas hati, dengan hampir seperlima atau 17.8 peratus menilai prestasi AP mereka secara negatif.
Sebaliknya, penduduk di kawasan tengah Singapura paling berpuas hati dengan lebih 90 peratus mengatakan AP mereka menjalankan tugas dengan cemerlang.
Rakyat Singapura lebih tua berusia 60 tahun dan ke atas merupakan kumpulan paling tidak berpuas hati dengan AP mereka, dengan hampir satu perempat, atau 24.4 peratus menjangkakan khidmat lebih baik.
Kira-kira 91 peratus responden dalam lingkungan usia 20-an dan 30-an mendapati prestasi AP mereka memuaskan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.