Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kos latihan bagi pekerja pertengahan kerjaya dikurangkan, galak pembelajaran sepanjang hayat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Nov 2022 08:32PM Dikemas Kini : 02 Nov 2022 08:53PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang berusaha untuk menggalakkan orang dewasa meneruskan pembelajaran sepanjang hayat dengan mengurangkan kos latihan. 

Ini termasuk memberikan elaun latihan dan menyediakan lebih banyak subsidi menggunakan kredit SkillsFuture.

Ia sebahagian daripada usaha untuk menyokong para pekerja pertengahan kerjaya yang lebih terdedah kepada pemberhentian kerja dan mungkin memerlukan pembelajaran berterusan agar boleh diambil bekerja. 

"Memandangkan kos memberikan latihan kepada para pelajar dewasa dengan keperluan serta harapan yang pelbagai dan lebih tinggi, mereka berkemungkinan lebih kritikal daripada pelajar sepenuh masa dan ingin belajar supaya kekal relevan. Mereka mahu mempelajari perkara yang relevan dan boleh digunakan dalam pekerjaan mereka. 

"Dan sebilangan mereka mungkin memerlukan lebih banyak pembinaan keyakinan dan galakan, memandangkan telah meninggalkan bilik darjah buat sekian lama," kata Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing. 

Encik Chan berkata demikian pada hari kedua sidang puncak pembelajaran sepanjang hayat yang diadakan buat julung-julung kalinya. 

Untuk mengukuhkan usaha Singapura, Encik Chan mengumumkan Institut Pembelajaran Orang Dewasa (IAL) akan dikenali sebagai Pusat Kecermelangan Nasional bagi Pembelajaran Dewasa (NCAL).

Pusat tersebut akan meluaskan tumpuannya untuk merangkumi kajian mengenai amalan terbaik untuk mendidik orang dewasa.

Ia juga bekerjasama dengan rakan industri untuk menentukan kemahiran yang ingin dimiliki para pekerja. 

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan