Kos gajikan pekerja sambilan semasa musim perayaan naik hingga 20%
SINGAPURA: Perniagaan berkaitan perkhidmatan menyatakan kos mengambil pekerja sambilan pada musim perayaan naik sehingga 20 peratus.
Ini memandangkan lebih banyak tenaga kerja yang diperlukan bagi memenuhi permintaan yang melonjak.
Bagi syarikat katering Neo Group, semua tenaga kerja yang ada dimanfaatkan sepenuhnya.
Semasa musim perayaan, tempahannya naik sehingga tiga kali ganda.
Oleh itu, semua pekerja yang ada dikerahkan untuk membantu walaupun mereka lazimnya jarang terlibat dalam persiapan makanan.
Ini termasuk para kakitangan di pejabat, yang semuanya memiliki sijil kebersihan dalam penyediaan makanan.
Syarikat itu juga cuba untuk memanfaatkan lebih banyak teknologi, bidang yang diberi tumpuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Selain memudahkan usaha mengesan tempahan, ia juga mengurangkan catatan menggunakan kertas.
Di dapur, penggunaan teknologi dimanfaatkan bagi memudahkan kerja-kerja menyiapkan bahan masakan.
Pusat Budaya Cina Singapura juga bertambah sibuk di musim perayaan ini. Jumlah pekerja sambilannya meningkat 30 peratus, dan mereka diberi upah lebih tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.