Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kos dapatkan pembantu rumah baru kini lebih rendah

Kos mendapatkan pembantu rumah yang baru sekarang sudah turun kerana mereka boleh menjalani kuarantin di rumah majikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kos dapatkan pembantu rumah baru kini lebih rendah

Gambar fail pembantu rumah. (Gambar: AFP/Noel Celis)

SINGAPURA: Kos mendapatkan pembantu rumah yang baru sekarang sudah turun kerana mereka boleh menjalani kuarantin di rumah majikan.

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng memberikan maklumat itu sebagai menjawab satu pertanyaan di parlimen mengenai hal itu.

Namun bagi mereka yang mahukan pembantu lebih berpengalaman, persaingannya masih ketat.

Agensi-agensi pembantu rumah mengenakan bayaran pemindahan antara $1,500 hingga $3,500 untuk pembantu rumah berpengalaman yang sudah berada di Singapura.

Walaupun masih tinggi berbanding sebelum COVID-19, harga itu merosot daripada sekitar $4,000 semasa sempadan negara ditutup.

Gaji pembantu rumah berpengalaman yang sudah berada di Singapura juga kekal antara $650 hingga $1,000 sebulan, bergantung kepada pengalaman mereka.

Namun begitu, Persatuan Agensi Pekerjaan Singapura (AEAS) menyatakan kos keseluruhan bagi pembantu rumah sedemikian agak sama dengan mengambil pembantu rumah dari negara asal mereka.

Ini disebabkan kos lebih tinggi membawa pembantu rumah baru untuk masuk ke negara ini berbanding mereka yang sudah berada di Singapura.

AEAS menambah keadaan itu akan kekal selama beberapa bulan akan datang.

Namun ia mungkin berubah jika sempadan terpaksa ditutup semula.

AEAS menyatakan tunggakan pembantu rumah yang mahu memasuki Singapura sudah dapat dihuraikan.

Sejak November tahun lalu, AEAS menyelaraskan proses kuarantin bagi hampir 4,000 pembantu rumah.

Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan