Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kos bahan mentah naik hingga 30%, 'Raya Inflasi' tetap meriah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sambutan Hari Raya pasti janggal kalau tidak ada juadah yang lazat dan istimewa.

Hal tersebut meskipun harga bahan mentah sudah naik hampir 30 peratus tahun ini.

Ada pula yang lebih terbuka untuk mendapatkan khidmat katering yang menawarkan hidangan Raya pada harga berpatutan.

Bagi keluarga Cik Roslinda Asbu, sudah menjadi tradisi untuk memulakan pagi Syawal dengan menjamu selera bersama keluarga.

Namun dengan harga bahan mentah untuk memasak lauk pauk Raya yang lebih mahal, iaitu sekitar 25 peratus hingga 30 peratus, menjejas sedikit perancangan persiapan lebaran tahun ini.

Namun, Cik Roslinda akhirnya memilih untuk terus memasak sendiri juadah hari raya

"Ia merupakan satu tradisi dalam keluarga saya untuk masak di rumah kerana isteri dan ibu saya pandai masak. Kami tidak akan dapat rasa yang sama seperti yang disediakan mereka," kata suami Cik Roslinda, Encik Mohd Ali.

Sebaliknya, ada juga yang menggunakan khidmat katering untuk mendapatkan makanan Hari Raya dan dihidangkan kepada tetamu.

Nazreen Catering melaporkan tempahan tahun ini melonjak sehingga 80 peratus berbanding semasa pandemik COVID-19.

"Jika dibandingkan pada waktu COVID hingga sekarang, ia adalah lonjakan 70 peratus hingga 80 peratus dalam perniagaan, terutamanya semasa hari pertama Aidilfitri.

"Bagi mereka yang keluarganya ada warga emas, memang wajib ada makanan. Dan pada masa kini, anda harus menempah bagi 100 orang. Jadi kami datang untuk memenuhi permintaan sedemikian," kata Syed Hafeez Chishty pemilik Nazreen Catering.

Syarikat itu menambah harga bagi bahan mentah sudah meningkat hingga turut menyebabkan kenaikan harga pada menu yang ditawarkan.

Namun, pihaknya sudahpun mengubah suai menu perayaan agar lebih dalam kemampuan ramai.

Jika Raya tahun ini boleh diberikan jolokan sebagai "Raya Inflasi", ia pasti tidak menghambat masyarakat seperti keluarga Cik Roslinda daripada menikmati juadah Lebaran bersama keluarga tersayang.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan