Kos ambil alih Hab Sukan dijangka bernilai S$2.3 bilion,sama dengan bayaran Pemerintah teruskan perkongsian
Anggaran Waktu Membaca:

Hab Sukan Singapura. (Gambar: Linette Lim)
SINGAPURA: Kos menamatkan perkongsian awam-swasta (PPP) bagi Hab Sukan diunjurkan bernilai S$2.3 bilion, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong
di Parlimen pada Isnin (1 Ogos).
Jumlah yang dianggarkan itu "sama dengan komitmen kewangan di bawah PPP jika kami memilih untuk meneruskannya, tanpa menamatkan perkongsian berkenaan," kata Encik Tong dalam kenyataan kementerian mengenai kemudahan sukan itu.

Encik Tong menjawab pertanyaan Anggota Parliment (AP) sejurus selepas diumumkan bahawa SportSG akan mengambil alih kemudahan itu.
Kenyataan beliau itu sepatutnya disampaikan dalam sidang Parlimen bulan lalu namun ditunda sehingga Isnin (1 Ogos) apabila Encik Tong dijangkiti COVID-19.
Beberapa AP termasuk Encik Seah Kian Peng (PAP – Marine Parade) dan Cik Sylvia Lim (WP – Aljunied) ingin tahu jumlah keseluruhan yang perlu dibayar Pemerintah untuk menamatkan perkongsian itu lebih awal berbanding jika ia diteruskan sehingga 2035.
Encik Tong menjelaskan bahawa SportsHub Pte Ltd (SHPL) membiayai sepenuhnya perbelanjaan modal permulaan bagi pembinaan Hab Sukan dengan mengambil pinjaman.
"Ini bermakna Pemerintah tidak perlu membuat sumbangan modal langsung bagi pembinaan hab tersebut pada 2010, kata beliau.

Apabila Hab Sukan memulakan operasi pada 2014, Pemerintah membayar SHPL yuran berjumlah S$193.7 juta setiap tahun dan meneruskan bayaran sehingga 2035 jika perkongsian itu tidak ditamatkan lebih awal.
Dengan yuran daripada Pemerintah, SHPL bertanggungjawab membiayai pengurusan Hab Sukan. Aset tersebut akan dipulangkan kepada Pemerintah tanpa sebarang kos tambahan pada 2035, kata Encik Tong. Jumlahnya sekitar S$2.32 bilion.
"PERJANJIAN YANG ADIL"
Dengan perkongsian itu ditamatkan lebih awal, Pemerintah harus membayar SHPL berdasarkan perjanjian projek.
Pemerintah juga harus membayar kos mengendalikan Hab Sukan pada masa depan.
Sebahagian besar daripada jumlah itu sebanyak S$1.2 bilion membentuk perbelanjaan modal di mana Pemerintah harus tanggung jika
ia menggunakan pendekatan perolehan tradisional daripada awal, kata beliau.
Lagi S$300 juta adalah nilai pasaran bagi Hab Sukan yang dirunding secara komersil serta kos dan perbelanjaan lain berdasarkan perjanjian projek.
Encik Tong menambah bahawa jumlah muktamad akan berdasarkan akaun pada Disember apabila Pemerintah mengambil alih kemudahan itu. Namun, Pemerintah tidak menjangkakan perbezaan besar daripada jumlah anggaran sebanyak S$1.5 bilion.
Beliau juga berkongsi kos untuk menjalankan operasi Hab Sukan.
KOS OPERASI YANG LEBIH TINGGI
Pemerintah menjangkakan kos operasi setiap tahun mencecah S$68 juta, kata Encik Tong.
Ini termasuk kos menggantikan peralatan, penyenggaraan dan menjalankan program serta kos operasi harian.
Beliau menambah untuk memudahkan akses dan menjadikan Hab Sukan lebih terbuka kepada rakyat Singapura, lebih banyak program masyarakat, pelaburan untuk menganjurkan acara kelas dunia dan membuka Hab Sukan dan Stadium Negara akan dibuat bagi penggunaan masyarakat.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.