Koroner isytihar keputusan terbuka kes kematian lelaki tidak dikenali di Sungai Kallang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SPF
SINGAPURA: Sebuah mahkamah koroner pada Jumaat (3 Mac) mengisytiharkan satu keputusan terbuka dalam kes kematian seorang lelaki tidak dikenali di mana mayatnya dijumpai terapung di Sungai Kallang hampir 18 bulan lalu.
Mayat lelaki Cina, yang nama dan usianya tidak diketahui, ditemui di sungai itu pada 10 Oktober 2021.
Tidak terdapat kecederaan jelas dikesan pada tubuhnya, dan dompet beliau hanya mengandungi wang tunai dan kad EZ-Link.
Beliau juga didapati tidak di bawah pengaruh dadah mahupun minuman keras dan bukan mangsa serangan kerana tidak terdapat kecederaan akibat mempertahankan diri dikesan pada tubuhnya.
Cap jari yang dikesan di tubuhnya dihantar untuk pemeriksaan, tetapi ia tidak dapat dibuat perbandingan. Penemuan kad Ez-Link juga menemui jalan buntu, kerana ia tidak digunakan dalam tempoh 90 hari sebelum kejadian.
Bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian sebagai mati lemas, dengan penyakit arteri koronari menjadi faktor penyumbang.
Kematiannya dianggap sebagai kejadian luar biasa, namun polis tidak menemui sebarang bukti ia akibat satu perbuatan khianat.
Cap jari mahupun profil DNAnya tidak padan dengan sesiapa pun dalam pangkalan data sedia ada.
Tiga hari selepas lelaki itu ditemui mati, satu kenyataan polis dikeluarkan untuk menyeru saksi atau waris untuk tampil ke hadapan.
Tiada waris menghubungi polis, tetapi seorang lelaki yang dinamakan di mahkamah hanya sebagai Encik Wong datang ke polis untuk memberi kenyataan.
SAHABAT MENDIANG TAMPIL KE HADAPAN
Encik Wong berkata beliau merupakan sahabat mendiang. Menurut Encik Wong, rakannya itu datang ke Singapura dari Ipoh, Malaysia pada lewat tahun-tahun 1980-an.
Beliau tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan sebaliknya tidur dekat lorong belakang 29 Hamilton Road.
Tempat kerja Encik Wong terletak berhampiran tempat tidur mendiang.
Sehari sebelum kematian lelaki itu, Encik Wong berbual dengannya di lorong belakang 29 Hamilton Road.
Menurutnya, mendiang berkongsi beliau sakit, tetapi tidak berani pergi ke doktor.
Encik Wong berkata beliau tidak banyak bertanya, namun mendapati lelaki itutidak banyak berbual.
Koroner negara Adam Nakhoda mendapati tiada bukti yang menunjukkan adanya perbuatan khianat dalam kes tersebut.
Beliau berkata kemungkinan lelaki itu mengalami kegagalan pernafasan kardiorespiratori, terjatuh ke dalam sungai dan mati lemas.
Bagaimanapun, koroner berkata "pada pendapat saya, ia juga mungkin juga beliau sengaja masuk sungai dengan niat untuk membunuh diri".
"Memandangkan kedua-dua sebab itu tidak boleh dikecualikan dengan jelas, saya memberikan keputusan terbuka," katanya.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.