Skip to main content

Singapura

Koroner: Budak 6 tahun dipercayai mati lemas dibiarkan berenang bersendirian

Seorang budak perempuan 6 tahun, yang mati di hospital selepas dipercayai lemas dalam kolam renang semasa satu kelas pada 2017, ditinggalkan berenang bersendirian. Demikian menurut dapatan siasatan koroner pada Selasa (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Koroner: Budak 6 tahun dipercayai mati lemas dibiarkan berenang bersendirian

Kompleks Renang Kallang Basin. (Gambar fail: Facebook)

Diterbitkan : 03 Apr 2019 02:48PM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 02:50PM

SINGAPURA: Seorang budak perempuan 6 tahun, yang mati di hospital selepas dipercayai lemas dalam kolam renang semasa satu kelas pada 2017, ditinggalkan berenang bersendirian. Demikian menurut dapatan siasatan koroner pada Selasa (2 Apr).

Mangsa dipercayai mengalami kesukaran apabila dibiarkan berenang bersendirian di tengah-tengah kolam renang, kata Koroner Negara Kamala Ponnampalam.

Perkara ini malangnya tidak disedari dua jurulatih kelas renang mahupun penyelamat yang bertugas semasa kejadian. Kanak-kanak perempuan itu kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedar.

Ibu Sherlyn Ler menghantar anaknya ke Kompleks Renang Kallang Basin bagi kelas renang peringkat asas pada 20 Dis 2017.

Kanak-kanak yang setinggi 1.11 meter itu tidak berupaya berenang secara bersendirian tanpa menggunakan sebarang peralatan renang. Terdapat lima lagi pelajar dalam sesi tersebut di mana mereka berlatih dalam kolam renang sedalam antara 0.8 meter dengan 1 meter, kata koroner.

Ibu mangsa sedang duduk di sebuah platform berdekatan dengan kolam renang tersebut untuk melihat-lihat anaknya. Namun, beliau mengakui sedang menggunakan telefon bimbit dan menjawab beberapa panggilan semasa kejadian.

DIBIARKAN SENDIRIAN KETIKA JURULATIH BANTU PELAJAR LAIN

Selepas melakukan latihan memanaskan badan, jurulatih Matthew Yeo membimbing Sherlyn dan membawanya ke tengah-tengah kolam renang sebelum membantu pelajar lain yang sedang berada di tepi kolam renang.

Dalam tempoh beberapa minit sahaja, sekumpulan kanak-kanak menemui Sherlyn dalam keadaan tidak bergerak di kolam renang berkenaan lalu berteriak meminta bantuan.

Jurulatih dan penyelamat mengangkat Sherlyn keluar dari kolam renang tersebut dan melakukan CPR ke atasnya sebelum mengejarkannya ke hospital.

Sherlyn dirawat di hospital selama 20 hari sebelum keadaannya memburuk. Dia meninggal dunia pada 9 Jan 2018.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita