Koridor Identiti: Lebih banyak kemudahan dengan ciri unik di SG
Orang ramai akan dapat menikmati lebih banyak kemudahan di tiga bahagian Singapura yang mempunyai ciri-ciri unik tersendiri.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orang ramai akan dapat menikmati lebih banyak kemudahan di tiga bahagian Singapura yang mempunyai ciri-ciri unik tersendiri.
Kawasan-kawasan itu dipanggil Koridor Identiti.
Pengunjung ke Koridor Identiti Timur Bersejarah boleh menjangkakan sebuah lapangan pejalan kaki yang baharu di East Coast Road.
Ia akan terletak di antara i12 Katong dan Katong V.
Selain itu, para pengunjung juga boleh menantikan sebuah ruang awam baharu di mana mereka boleh menikmati pelbagai acara dan kegiatan yang dianjurkan buat masyarakat.
Bagi mereka yang sukakan alam semula jadi, Koridor Identiti Sungai Kallang akan dilengkapi sebuah taman persisiran baharu.
Ia akan dibina di Sungai Kallang, antara Serangoon Road dengan Bendemeer Road.
Laluan-laluan berbasikal baharu dan yang kerja-kerja peningkatan yang bakal dijalankan di sepanjang tebing sungai berhampiran St Andrew's Village, juga akan membolehkan lebih ramai pengunjung untuk menikmati pemandangan kawasan persisiran.
Bagi Koridor Identiti Lingkaran Dalaman pula, yang merangkumi beberapa kawasan kejiranan, Zion Road akan dijadikan lebih mudah untuk diterokai orang ramai dengan adanya laluan pejalan kaki yang lebih lebar dan laluan berbasikal baharu.
Lebih banyak laluan berbasikal juga akan ditambah ke kawasan Orchard dan Lavender Street menjelang 2030.
Orang ramai juga boleh menjangkakan panduan ke tempat-tempat tersebut agar mereka boleh mempelajari sejarah unik kawasan-kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menyatakan ia akan terus mendampingi para penduduk dan pihak-pihak berkepentingan untuk membangunkan rancangan bagi tempat-tempat tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.