Korban S2 rangkul 4 anugerah, dokumentari Suria25: Sinar Kota Singa raih 2 di MSA2026
Anggaran Waktu Membaca:
Para pemenang Anugerah Skrin Mediacorp (MSA) 2026 bergambar bersama selepas majlis penyampaian anugerah. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Empat pencalonan, empat kemenangan.
Korban S2 mencatat pencapaian cemerlang apabila merangkul kesemua empat anugerah Drama Melayu di Anugerah Skrin Mediacorp 2026 (MSA2026).
Drama terbitan Monochromatic Pictures itu membawa pulang anugerah Arahan Terbaik (Drama), Sinematografi Terbaik (Drama), Lakon Layar Terbaik (Drama) dan Suntingan Terbaik (Drama).
Jeevan Nathan dinobatkan sebagai pemenang Arahan Terbaik, manakala Roszali Samad meraih Sinematografi Terbaik.
Anugerah Lakon Layar Terbaik pula dimenangi Umie Isa dan Razi Salam, sementara Hafiz Yusri dan Andy Tseng membawa pulang Suntingan Terbaik.
“Melihat para penyunting, sinematografer dan penulis kami turut menerima pengiktirafan benar-benar membuktikan, pada pandangan saya, segala usaha yang dicurahkan dalam menghasilkan Korban. Semangat dan pengorbanan tulus dalam menyampaikan kisah itu sememangnya terserlah.” kongsi Encik Jeevan.
Korban S2 dirakam sepenuhnya di New Zealand, dengan penggambaran selama enam minggu di Christchurch dan South Island.
Drama enam episod itu mengisahkan Aisyah, seorang cef wanita berbakat yang kehidupannya berubah apabila dia kehilangan deria rasa.
Di sebalik cabaran tersebut, kisah Aisyah membawa penonton menyelami tema identiti, budaya, pengorbanan dan warisan kulinari.

'SURIA25: SINAR KOTA SINGA' RAIH DUA ANUGERAH
Bukan hanya Korban S2 yang mencuri perhatian.
Penerbit Kanan Hal Ehwal Semasa Melayu BERITA Mediacorp, Murni Mohd Yussof turut mencatat pencapaian menerusi dokumentari 'Suria25: Sinar Kota Singa'.
Beliau merangkul dua anugerah iaitu Arahan Terbaik (Informasi) dan Penulisan Terbaik (Informasi), sekali gus membawa pulang kedua-dua anugerah bagi kategori yang dicalonkannya.
Bagi Cik Murni, antara cabaran utama dalam menghasilkan dokumentari tersebut adalah menyatukan kisah daripada pelbagai individu yang berada di Singapura dan Malaysia bagi mengangkat perjalanan 25 tahun sejarah televisyen Melayu Singapura.
"Kami mempunyai ramai profil yang kami harus satukan dalam dokumentari ini dan mereka bukan sahaja berada di Singapura tapi juga berada di Malaysia dan kami harus satukan dan rangkum cerita-cerita ini untuk menjadi sebuah dokumentari akan menceritakan 25 tahun perjalanan sejarah televisyen Melayu Singapura," kongsi Cik Murni.
Dokumentari Suria25: Sinar Kota Singa boleh ditonton di saluran YouTube BERITA Mediacorp.
Sementara itu, dalam kategori Informasi Melayu, Salimi Ahamadi turut membawa pulang anugerah Suntingan Terbaik (Informasi) menerusi Manja S10, terbitan Mediacorp Eaglevision.

EAGLEVISION RAIH EMPAT ANUGERAH BAGI KATEGORI HIBURAN MELAYU
Kejayaan turut memihak kepada Mediacorp Eaglevision apabila kesemua empat anugerah dalam kategori Hiburan Melayu menjadi milik penerbit itu.
Illyyanis Hanafi merangkul Arahan Terbaik (Hiburan) menerusi Sinar Lebaran 2025, manakala Netty Fiona membawa pulang Penulisan Terbaik (Hiburan) bagi program yang sama.
Sofyan Daud Mohamed pula dinobatkan sebagai pemenang Sinematografi Terbaik (Hiburan) menerusi Rayakustika 2025.
Melengkapkan kemenangan Eaglevision, Salimi Ahamadi meraih Suntingan Terbaik (Hiburan) menerusi Piala Suara Serumpun 2025.
Secara keseluruhannya, 11 anugerah diberikan bagi kandungan Melayu di MSA2026, merangkumi kategori Drama, Hiburan dan Informasi.

MSA2026 IKTIRAF BAKAT KREATIF DAN TEKNIKAL DI SEBALIK TABIR
Di sebalik setiap kandungan yang sampai kepada penonton, terdapat barisan bakat kreatif dan teknikal yang memainkan peranan penting dalam menghidupkan sesebuah cerita.
MSA2026 memberi tumpuan kepada mereka, dengan mengiktiraf sumbangan para pengarah, penulis, sinematografer dan penyunting dalam menghasilkan kandungan tempatan.
Memasuki edisi kedua, MSA2026 kini menampilkan 35 anugerah bagi program Drama, Hiburan dan Informasi merentasi penerbitan Cina, Melayu dan India.
Jumlah itu meningkat daripada 21 anugerah pada edisi sulung pada 2025, yang merangkumi tujuh kategori bagi setiap bahasa.
Tahun ini, MSA2026 turut memperkenalkan dua anugerah baharu bagi Mikrodrama, iaitu Arahan Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
Penambahan tersebut memperluaskan pengiktirafan MSA kepada bakat di sebalik penceritaan format pendek, termasuk kandungan yang dihasilkan untuk tontonan di platform digital.
Dengan peluasan kategori dan pengiktirafan yang diberikan, MSA2026 terus mengetengahkan kepelbagaian bakat yang bekerja di sebalik tabir dalam membentuk cerita dan kandungan yang dekat dengan penonton.

Sumber : BERITA Mediacorp/Ft/ft
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.