Kopitiam kerah kakitangan ke 15 cawangan untuk bantu pelanggan alih daripada kad ke aplikasi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Kopitiam
SINGAPURA: Pengendali pusat makanan Kopitiam akan menempatkan lebih 80 "teman digital" di 15 cawangan dari Mac hingga Jun untuk membantu pelanggan beralih daripada menggunakan kad tambah nilai kepada aplikasi FairPrice.
15 cawangan itu adalah di tempat di mana terdapat ramai pelanggan seperti Northpoint, Vivocity, Tampines Mall, Jurong Point dan Plaza Singapura, menurut FairPrice Group pada Isnin (20 Feb).
Pengguna kad Kopitiam akan mendapat potongan harga 10 peratus di pusat makanan dan kedai makanan pengendali itu.
Awal bulan ini pengendali itu mengumumkan bahawa kad fizikal tidak lagi digunakan selepas 30 Jun. Pengguna kad akan menerima potongan harga 10 peratus yang sama menggunakan aplikasi FairPrice.
BACA: Penggunaan kad Kopitiam tidak diteruskan selepas 30 Jun, bayaran balik baki nilai dilaksana mulai Mac
Mereka juga akan menerima bayaran balik baki nilai atau boleh mengalihkan jumlah tersebut ke aplikasi Fairprice menerusi Linkpoints. Ini boleh dilakukan mulai 1 Mac di cawangan Kopitiam atau kiosk tambah nilai layan diri.
"15 cawangan dengan teman digital juga akan ada kaunter untuk mengendalikan bayaran balik wang tunai," menurut FairPrice Group, menambah bahawa tambah nilai pada kad fizikal Kopitiam akan dihentikan pada 1 Mac.
"Pengurus pusat makanan dan penyelia sudah dilatih untuk mengenal pasti warga emas dan membantu menjawab sebarang pertanyaan mengenai peralihan itu."
"Bagi warga emas yang tidak mempunyai telefon bimbit bijak, FairPrice Group menyatakan aturan istimewa sudah disediakan bagi mereka untuk menunjukkan
Kad Generasi Perintis dan Kad Generasi Merdeka untuk terus menikmati potongan harga 10 peratus di cawangan Kopitiam mulai 1 Mac.
Khidmat itu juga akan ditawarkan bagi pelanggan di bawah Skim Bantuan ComCare.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.