Konvokesyen SUSS: 2 bapa ini pegang teguh kepada pembelajaran sepanjang hayat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 3,200 lulusan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) menerima ijazah mereka dalam enam sesi konvokesyen tahun ini.
Kohort lulusan SUSS tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak sembilan peratus berbanding tahun lalu.
Wartawan Nur Arina Ahmad Anis berkesempatan bertemu dengan dua graduan SUSS yang berkongsi kisah inspirasi mereka.
Bak pepatah Melayu, "genggam bara api biar sampai jadi arang."

Walaupun Encik Azmi Tahir telah meninggalkan bangku sekolah hampir dua dekad yang lalu, ia tidak menghalangnya untuk melanjutkan pengajian di universiti.
Berkat kegigihan dan sokongan isterinya, usaha beliau akhirnya membuahkan hasil.
Beliau merupakan salah seorang graduan yang berjaya meraih ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dan Perhubungan.
Antara cabaran yang dihadapi beliau termasuk mengikuti kelas secara dalam talian semasa pandemik COVID-19 dan mengimbangi masanya antara kerja dan tanggungjawab di rumah.
Bapa kepada tiga anak itu memberitahu wartawan Nur Arina Ahmad Anis bahawa anak-anaknya merupakan sumber motivasi utama untuk melanjutkan pelajaran.
Malah katanya, beliau ingin memupuk pentingnya pembelajaran sepanjang hayat.
"Motivasi saya untuk meningkatkan diri dan untuk menunjukkan anak-anak saya yang mencari ilmu itu selama hayat. Bukan terlewat sangat untuk mencari ilmu kerana mencari ilmu itu memangnya pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, kita harus meningkatkan diri," ujar Encik Azmi, 41 tahun.
Berpegang teguh pada prinsip pembelajaran sepanjang hayat, Encik Azmi berkongsi bahawa kunci kejayaannya terletak pada sikap konsisten dalam belajar, walaupun sibuk dengan tanggungjawab di tempat kerja dan sebagai seorang ayah.
Kini, beliau berbesar hati melihat isterinya pula bersedia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kaunseling di SUSS juga.

BERCITA-CITA INGIN JADI PEGUAM KELUARGA
Seorang lagi lulusan yang membanggakan ialah Encik Adam Mohomed Jiffry, yang telah berjaya menamatkan program Doktor Juris dalam Undang-undang.
Seperti Encik Azmi, kejayaannya tidak datang bergolek begitu saja.
Kejayaan Encik Adam, seperti Encik Azmi, tidak datang dengan mudah.
Selain komitmennya terhadap kerja dan keluarganya, beliau juga mengambil inisiatif untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Islam.
Encik Adam, 37 tahun, berkongsi beliau memutuskan untuk memburu ijazah Doktor Juris kerana memiliki hasrat untuk berkhidmat sebagai peguam keluarga.
"Ia bukan mudah. Perjalanan ini amat berat sekali kerana saya masih bekerja sepenuh masa dan selepas itu perlu menghadiri kelas-kelas malam daripada jam 7 hingga ke 10 malam dan pada yang sama, saya juga melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak perempuan saya yang berumur 6 tahun.
"Jadi hendaklah melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa tidak mudah. Saya mesti pandai mengimbangi masa dan juga bersikap disiplin. Saya fikir, Kenapa saya mahu lakukan ini? Apakah tujuan saya? Apakah niat saya? Dan itulah yang mendorong saya untuk menamatkan pengajian," ujar Encik Adam.
Matlamat utama Encik Adam adalah untuk menggalakkan pendekatan penceraian yang tidak sampai ke tahap litigasi, menggalakkan pengampunan, dan memulihkan hubungan yang terjejas.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.