Konvensyen Pengantaraan S'pura dilaksanakan; lebih kepastian bagi peniaga huraikan pertikaian rentas sempadan
Para peniaga akan ada lebih kepastian dalam menyelesaikan pertikaian rentas sempadan melalui Konvensyen Pengantaraan Singapura, yang berkuat kuasa hari ini (12 Sep).

(Gambar: Agensi berita)
SINGAPURA: Para peniaga akan ada lebih kepastian dalam menyelesaikan pertikaian rentas sempadan melalui Konvensyen Pengantaraan Singapura, yang berkuat kuasa hari ini (12 Sep).
Ia juga merupakan perjanjian pertama Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggunakan nama Singapura.
Setakat 1 September lalu, konvensyen itu ditandatangani 53 negara, termasuk Amerika Syarikat, China dan India.
Perniagaan yang mahu menguatkuasakan hasil perantaraan rentas sempadan kini boleh memohon langsung kepada mahkamah negara-negara yang menandatangani perjanjian tersebut dan tidak perlu melalui proses domestik setiap negara seperti sebelum ini.
Ini dapat menjimat masa dan kos, lebih-lebih lagi semasa keadaan yang tidak menentu pandemik COVID-19.
Konvensyen itu juga menawarkan kaedah yang lebih berkesan bagi hasil perantaraan dilaksanakan.
Ia akan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai pusat huraian pertikaian antarabangsa sedang lebih banyak negara menerima konvensyen tersebut.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang K Shanmugam berkata mekanisme penguatkuasaan Konvensyen itu yang dipertingkatkan akan memberi manfaat kepada pihak perniagaan dan memudahkan perdagangan antarabangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.