Konvensyen Kesejahteraan Mental Islam pertama di SG kongsi ilmu, galak perbincangan secara terbuka
Ilmu dan cara tangani kesejahteraan mental dalam warisan Islam boleh dimanfaatkan dan saling melengkapi pendekatan moden.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ilmu dan cara tangani kesejahteraan mental dalam warisan Islam boleh dimanfaatkan dan saling melengkapi pendekatan moden.
Demikian pandangan Profesor Klinikal Psikiatri dan Sains Tingkah Laku di Universiti Stanford, Amerika Syarikat, Dr Rania Awaad yang dikongsikan beliau semasa Konvensyen Kesejahteraan Mental yang diadakan pada Sabtu (16 Nov).
"Ia adalah penting untuk kita mengambil semua pengetahuan yang berfaedah yang ada di luar sana, termasuk kemajuan, kemajuan dalam psikologi dan psikiatri moden tetapi tambahkannya dan pastikan bahawa sebenarnya terdapat kesesuaian agama dan budaya dalam kerja yang kita lakukan. Saya percaya bahawa jika kita memanfaatkan kerja yang kita dapati dalam warisan Islam, anda mempunyai semua terapi," jelas Dr Rania.

Beliau merupakan antara penceramah undangan di acara itu selain pakar psikologi Islam, Ustazah Noraini Abdul Wahab dan Pengarah, Perkhidmatan Klinikal di Hospital Mount Alvernia, Dr Djoni Huang.
Acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City itu dihadiri lebih 600 peserta.
Menurut pihak penganjur, ia merupakan kali pertama konvensyen seumpama itu dianjurkan di Singapura.
Ia dianjurkan bersama oleh pusat konsultan perkahwinan dan rumahtangga, APKIM Resources dan pusat konsultan pengurusan, pendidikan dan kewangan Islam ALG Academy serta disokong oleh PERGAS.

"Kami melihat penganjuran konvensyen ini sebagai salah satu usaha APKIM untuk menyebarkan ilmu di kalangan masyarakat agar mereka dapat membantu diri mereka juga membantu keluarga dan memperkasakan," kata Pengarah, APKIM Resources, Cik Siti Adilah Abu Bakar.
Bagi APKIM Resources, acara tersebut juga cukup simbolik kerana diadakan bersempena ulang tahunnya yang ke-30.
Tetamu terhormat acara itu, Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah mengalu-alukan usaha sedemikian untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kesejahteraan mental.
"Isu kesihatan mental ini dari sudut agama tidak dibincangkan terlalu kerap dan saya rasa adalah penting untuk kita mendengar dari berbagai anggota panel tentang kesihatan mental ini. Yang penting isu kesihatan mental ini dapat dibincangkan dengan secara terbuka dan kita juga mahu mendapat lebih informasi tentang kesihatan mental supaya kita dapat menolong keluarga kita ataupun rakan-rakan kita," kata Dr Wan Rizal.

Perkongsian para pakar di acara itu juga kata beliau dapat memperkasakan masyarakat dan keluarga dalam membantu mereka yang berdepan dengan isu berkaitan.
Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.