Skip to main content

Singapura

Kontraktor baru dilantik ganti Greatearth habiskan 5 projek BTO tertangguh

Syarikat-syarikat baru sudahpun dilantik untuk mengambil alih pembinaan lima projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO) yang terjejas oleh pembubaran kontraktor-kontraktor sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kontraktor baru dilantik ganti Greatearth habiskan 5 projek BTO tertangguh

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 29 Sep 2021 05:53PM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 05:56PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat baru sudahpun dilantik untuk mengambil alih pembinaan lima projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO) yang terjejas oleh pembubaran kontraktor-kontraktor sebelum ini.

Demikian menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (29 Sep).

Kerja-kerja binaan di semua tapak kerja akan disambung semula secara bertahap-tahap mulai awal Oktober.

HDB menyatakan ia kini mampu "mengurangkan kelengahan" bagi para pembeli flat projek-projek yang terjejas - iaitu Senja Ridges, Senja Heights, Sky Vista @ Bukit Batok, Marsiling Grove dan West Coast Parkview.

"Kesemua lima projek akan ditangguh sekitar lagi dua hingga tiga bulan disebabkan masa yang diperlukan untuk membawa masuk kontraktor-kontraktor baru dan untuk mereka mengerahkan sumber bagi mengambil alih dan menyelesaikan projek-projek itu," tambah agensi tersebut.

Kontrak-kontraktor ganti dan tarikh projek dijangka siap yang sudah disemak semula adalah seperti berikut:

Kerja-kerja binaan di lima projek BTO itu ditangguh sejak 20 Ogos selepas Greatearth Corp dan Greatearth Construction memaklumkan kepada HDB bahawa ia mengalami masalah kewangan dan tidak mampu menyelesaikan projek-projek tersebut meskipun dengan bantuan pemerintah.

Hari ini, HDB menyatakan bahawa sepanjang bulan lalu, ia bekerjasama dengan Greatearth dan para penyelesai dari PricewaterhouseCoopers (PwC) Advisory Services untuk melantik kontraktor-kontraktor baru "secepat mungkin untuk menghabiskan baki kerja dan mengurangkan kesan ke atas para pembeli rumah".

Bagi mempercepat proses, HDB menyatakan ia membantu mencari beberapa kontraktor yang sesuai untuk mengambil alih projek-projek itu dan bekerjasama dengan Greatearth dan PwC untuk mempermudahkan peralihan itu.

"Ini memboleh HDB melantik kontraktor-kontraktor baru itu dalam tempoh sekitar sebulan berbanding tiga hingga empat bulan yang biasanya diambil untuk membuka tender baru untuk melantik kontraktor baru bagi menghabiskan baki kerja-kerja yang ditinggalkan," tambah HDB.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita