Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kontrak sementara elektrik dilanjut hingga Mei di tengah-tengah harga gas semakin naik

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Skim yang menawarkan pelan bekalan elektrik pada harga tetap sebulan kepada pelanggan-pelanggan besar atau syarikat sudah dilanjutkan sehingga Mei, sedang harga-harga gas global terus naik ke paras rekod di tengah-tengah ketidakstabilan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam pasaran elektrik.

Dalam satu kenyataan media pada Isnin (14 Feb), Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) menyatakan ia akan melanjutkan Skim Sokongan Kontrak Elektrik Sementara (TRECS) sehingga Mac, April dan Mei.

Di bawah TRECS, yang membenarkan syarikat-syarikat penjana elektrik untuk memanfaatkan kemudahan bahan api siap sedia untuk menjana kuasa elektrik, para pengguna yang mempunyai purata penggunaan bulanan sekurang-kurangnya lima megawatt sejam boleh melanggani pelan tersebut.

Setakat ini, terdapat kira-kira satu peratus pengguna, ataupun 11,000 akaun, kebanyakannya akaun perniagaan, yang membeli secara langsung daripada pasaran borong bekalan elektrik Singapura, membuat mereka lebih terdedah kepada harga elektrik yang berubah-ubah.

Skim tersebut dilanggani sepenuhnya bagi Januari dan EMA menyatakan bahawa ia bekerjasama dengan syarikat-syarikat penjana elektrik untuk menawarkan pelan-pelan runcit dengan "komponen-komponen harga tetap yang ketara", sebagai respons kepada permintaan untuk lebih banyak kontrak.

Sekurang-kurangnya 200 megawatt daripada 645 megawatt di bawah TRECS dan pelan-pelan bulanan lain yang ditawarkan pada Februari masih ada, menurut EMA, sambil menambah bahawa tempoh pendaftaran akan buka esok (15 Feb).

"Pelan-pelan ini memberikan pilihan berpatutan bagi syarikat-syarikat yang ingin mengurangkan pendedahan mereka kepada harga-harga elektrik yang berubah-ubah, namun berdepan kesulitan mendapatkan kontrak," menurut EMA.

EMA juga menyatakan bahawa para pengguna dengan purata penggunaan bulanan antara empat megawatt sejam dengan lapan megawatt sejam boleh terus mendapatkan kontrak harga tetap pada "kadar yang lebih baik" daripada Sembcorp Power.

Manakala, pengguna-pengguna besar boleh mendekati Keppel Electric, Tuas Power Supply, Sembcorp Power, Senoko Energy, Geneco (oleh Seraya Energy) dan PacificLight Energy untuk mendapatkan kontrak.

PERUBAHAN HARGA ELEKTRIK "TIDAK DAPAT DIELAK"

Setakat ini, kebanyakan tenaga Singapura diimport, bermaksud ia tidak boleh dilindungi daripada perkembangan dalam pasaran tenaga sejagat.

Bercakap di Parlimen hari ini (14 Feb), Menteri Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng berkata kenaikan harga elektrik tidak dapat dielak dan krisis tenaga global hanya memburukkan lagi keadaan.

"(Singapura) sudah bertahun-tahun menikmati harga rendah tenaga elektrik, disebabkan terlalu banyak pelaburan dalam kapasiti minyak oleh syarikat-syarikat penjana elektrik," kata Dr Tan di Parlimen.

"Saya juga sudah memberi secara tidak langsung sudah menyebut bahawa harga tersebut lebih rendah berbanding kos menjana kuasa elektrik dan oleh itu, ia tidak mampan," katanya lagi.

Lonjakan harga dalam pasaran borong kuasa elektrik menyaksikan enam peruncit kuasa elektrik meninggalkan pasaran Singapura antara Oktober dengan Disember tahun lalu. Lagi dua membatalkan sebilangan kontrak pelanggan terlebih dahulu. Ini menjejas kira-kira sembilan peratus akaun pengguna tenaga elektrik.

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Jessica Tan (PAP-East Coast) dan Sylvia Lim (WP-Aljunied) tentang langkah-langkah bantuan untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SMEs), Dr Tan berkata syarikat dan rumah terjejas dengan purata penggunaan bulanan kurang empat megawatt sejam, yang tidak layak bagi TRECS boleh beralih kepada tarif dikawal SP Group "pada bila-bila masa".

Sumber : CNA/NY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan