Kontrak binaan SG bernilai S$53 bilion dijangka ditawarkan tahun ini, sedang permintaan terus meningkat
Kontrak binaan bernilai hingga S$53 bilion dijangka ditawarkan tahun ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kontrak binaan bernilai hingga S$53 bilion dijangka ditawarkan tahun ini.
Menurut Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat, jumlah itu adalah lima peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Beliau menambah, antara 2027 hingga 2030, permintaan sektor binaan setiap tahun, dijangka bernilai antara S$39 bilion hingga S$46 bilion.
Jangkaan yang kukuh itu didorong oleh beberapa projek utama, seperti pembangunan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi dan peluasan Marina Bay Sands.
Encik Chee menambah, walaupun pertumbuhan yang kukuh membuka peluang kepada sektor persekitaran binaan, sektor itu tidak boleh leka.
Sedang permintaan untuk aktiviti pembinaan terus meningkat, pemerintah juga sedang mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti.
Ini termasuk mengadakan geran tambahan bagi menggalak penggunaan automasi dan tempoh sah yang lebih panjang bagi sektor-sektor perundingan sektor awam.
"Jika kita terus beroperasi seperti biasa, kita akan berdepan kekangan sumber tidak lama lagi, yang akan menjejas keupayaan sektor untuk merebut peluang pertumbuhan baharu.
"Oleh itu bagi merealisasikan rancangan binaan kita yang hebat, kita perlu meneruskan usaha transformasi bagi menjimatkan masa, mengurangkan kos dan tenaga kerja," kata Encik Chee.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.