Skip to main content

Singapura

Kontrak berdasarkan hasil diperkenal bagi industri keselamatan

Pemerintah akan menjadi peneraju dalam memodenkan industri keselamatan, dengan menggunakan kontrak berdasarkan hasil. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Oct 2018 09:43PM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 09:48PM


SINGAPURA: Pemerintah akan menjadi peneraju dalam memodenkan industri keselamatan, dengan menggunakan kontrak berdasarkan hasil.

Ini memberikan lebih banyak kelonggaran bagi agensi-agensi untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka menggunakan kedua-dua automasi dan tenaga kerja.

Pemerintah akan memastikan ada saluran teknologi tersedia untuk menyokong usaha tersebut.

Demikian diumumkan Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo di Persidangan Industri Keselamatan dan Pameran Keselamatan Asia pada Rabu (3 Okt).

Lembaga Pembangunan Infokom Media (IMDA) memperuntukkan $2.5 juta untuk empat projek inovatif bagi menggalak lebih banyak huraian teknologi dalam sektor keselamatan.

Satu projek sedemikian adalah sistem pengawasan automatik yang dapat dengan cepat mengesan sebarang kegiatan luar biasa. Ia akan dikerahkan ke tujuh pusat membeli-belah, menjadikannya lebih cepat dan mudah untuk para pengawal keselamatan bertindak balas terhadap sebarang kecemasan.

Projek-projek lain termasuk sistem pengawasan keselamatan automatik, yang menggabungkan analitik video dengan kecerdasan audio, untuk mengurangkan masa bagi memantau skrin secara manual.

JTC Corporation diberi tender untuk kontrak induk berdasarkan hasil untuk One-North. Ia berharap untuk menggabungkan teknologi bagi mencapai permintaan keselamatan mereka dan ini akan membawa penjimatan tenaga kerja daripada 15 peratus kepada 45 peratus.

Projek tersebut dijangka dilancarkan awal tahun depan. Kebanyakan agensi pemerintah akan melaksanakan kontrak sedemikian menjelang 2020. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita