Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Konsultan pengangkutan: Kenaikan tambang bas, kereta api memang perlu

Kenaikan tambang pengangkutan awam bermula Disember ini memang sesuatu langkah yang sememangnya perlu. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kenaikan tambang pengangkutan awam bermula Disember ini memang sesuatu langkah yang sememangnya perlu. Demikian ulasan seorang konsultan pengangkutan Encik Gopinath Menon.

Sememangnya dengan keandalan kereta api semakin meningkat serta rangkaian bas yang luas, mutu pengangkutan awam di Singapura disenangi orang ramai.

Ini dapat dilihat dalam tinjauan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) yang awal tahun ini menyatakan tahap kepuasan penumpang yang berada dalam kadar tertinggi dalam sedekad.

Konsultan pengangkutan Encik Gopinath berkata jika taraf sebegini ingin diteruskan atau dipertingkatkan lagi, tambang perlu dinaikkan.

Mentelah lagi, kos bahan pembakar serta kos tenaga manusia yang semakin bertambah.

"Saya fikir harga tenaga manusia mesti naik, harga tenaga susah hendak tentukan kerana selalu turun naik. Jadi kalau mahu ramalkan sangat susah tetapi saya fikir jangka panjang kalau kami mahu taraf MRT dan bas sebegini, harga mesti naik," ujar Encik Gopinath kepada BERITAmediacorp.

Namun begitu, Encik Gopinath berkata orang ramai juga perlu mengambil kira bantuan-bantuan yang disalurkan.

Ini termasuklah skim baru kad tambang yang akan membantu 80,000 pelajar politeknik dan diploma lainnya.

Jika sebelum ini mereka membayar tambang dewasa, dengan skim itu mereka akan membayar harga konsesi pelajar.

Selain itu, keluarga-keluarga berpendapatan rendah juga akan mendapat lebih banyak bantuan menerusi Baucar Pengangkutan Awam (PTV) - iaitu naik S$20 kepada S$50 setiap satu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan