Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Konsert Singa Maksima raikan bakat seni tempatan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sepanjang dua jam, penggemar muzik tempatan dihiburkan dengan persembahan hebat artis-artis tanah air dan juara pertandingan dikir barat Piala Suara Serumpun 2024 WIRA dan Ardwinda di pentas ikonik Esplanade, Teater Luar DBS Foundation pada Sabtu (14 Dis).

Acara 'Singa Maksima' anjuran Mediacorp Ria 897 itu bukan sahaja meraikan bakat tempatan, tetapi juga memberikan mereka peluang untuk menyerlahkan bakat di pentas utama.

“Saya rasa ini adalah platform di mana bakat-bakat Singapura kita dapat diterokai lebih jauh. Bukan hanya di arus perdana, tetapi melalui platform seperti TikTok, Instagram, yang turut membantu mempopularkan bakat tempatan. Acara ini juga menjadi tempat untuk mereka mengasah bakat dan memperkenalkan diri kepada khalayak yang lebih luas,” kata Penerbit Eksekutif 'Singa Maksima X Locals Only', Azlin Ali,

Beliau turut berharap 'Singa Maksima' dapat bukan sahaja mendekati bakat-bakat tempatan, tetapi juga para pendengar secara amnya.

PESERTA KAKI NYANYI ANTARA YANG BUAT PERSEMBAHAN

Antara yang membuat persembahan adalah peserta Kaki Nyanyi, Izat Ibrahim.

Izat Ibrahim, antara peserta Kaki Nyanyi, yang membuat persembahan di acara 'Singa Maksima' anjuran MediaCorp Ria 89.7FM pada Sabtu (14 Dis).
Izat meluahkan rasa teruja dapat menyertai acara tahun ini setelah terlepas peluang tahun lalu.

Beliau berkata, “Sebagai artis, peluang untuk membuat persembahan di Esplanade sangat dihargai kerana tidak semua orang diberi peluang itu. Ia turut membantu meningkatkan keyakinan saya.”

“Saya berharap lebih ramai lagi bakat tempatan dapat dipanggil untuk menyertai 'Singa Maksima'. Kita memiliki banyak bakat, tetapi platform seperti ini sangat terhad. Dengan acara seperti ini, ia amat bagus untuk memperkenalkan bakat-bakat baharu,” tambah Izat.

Seperti Izat, Shai Othman turut bersemangat menonjolkan bakat mereka.
Shai Othman, antara peserta Kaki Nyanyi, yang membuat persembahan di acara 'Singa Maksima' anjuran MediaCorp Ria 89.7FM pada Sabtu (14 Dis).
Beliau berkongsi, “Kebanyakan bakat tempatan kini hanya dikenali melalui platform media sosial seperti TikTok dan Instagram. Peluang untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai sangat jarang berlaku.”

“'Singa Maksima' adalah peluang besar bagi saya dan banyak lagi artis-artis baru. Melakukan persembahan di Esplanade adalah satu pencapaian besar,” kata Shai.

Beliau berharap lebih banyak sokongan diberikan kepada bakat tempatan untuk terus berkembang.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan