Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Konsert Singa Maksima raikan muzik tempatan

Satu konsert bulanan bagi meraikan muzik Singapura diadakan siang tadi. Dianjurkan oleh stesen radio MediaCorp Ria 89.7FM, Singa Maksima Live diadakan di Taman Warisan Melayu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jan 2015 08:51PM Dikemas Kini : 10 Jan 2015 11:05PM

SINGAPURA: Satu konsert bulanan bagi meraikan muzik Singapura diadakan siang tadi. Dianjurkan oleh stesen radio MediaCorp Ria 89.7FM, Singa Maksima Live diadakan di Taman Warisan Melayu.

Barisan artis-artis yang menyerikan acara siang tadi ialah Audionauts, Sufie Rashid, Diorama serta kumpulan 'The Full Pledge Munkees'.

'The Full Pledge Munkees' berkata: "Acara Singa Maksima ini bagus untuk bakat tempatan sebab mereka dapat tonjolkan karya asli mereka kepada orang awam. Yang bagusnya, ia percuma. Jadi orang awam boleh masuk untuk menikmati muzik secara langsung."

Menurut Aura Shai, Penolong Pengarah Program RIA 89.7FM, penerimaan terhadap sesi SG Acoustic Live ini semakin meningkat.

"Sebelum ini RIA pernah menganjurkan sesi SG Acoustic Live di konti RIA 89.7FM. Tetapi dengan adanya segmen Singa Maksima Live yang dikendalikan oleh Dzar Ismail, nampaknya penerimaan bagi bakat-bakat Singapura, dan juga lagu-lagu Singapura, semakin meningkat," ujarnya.

Beliau menambah, oleh itu, stesen radio RIA 89.7FM menganjurkan konsert Singa Maksima Live, dengan sokongan Majlis Bahasa Melayu Singapura, Lembaga Warisan Negara (NHB) dan juga Penguasa Pembangunan Media (MDA).

Konsert itu berlangsung daripada 4.00 hingga 6.00 petang. Persembahan seterusnya akan diadakan pada 7 Februari ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/nt
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan