Skip to main content

Singapura

Konsert Rockl4sik pada malam Tahun Baru ditangguhkan kepada 18 Mac 2023

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacor: Konsert Rockl4sik yang sepatutnya diadakan pada Sabtu (31 Dis) di Singapore Expo ditangguhkan kepada tarikh 18 Mac tahun depan.

Mengikut rancangan awal, konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 8.00 di Dewan 6A Singapore Expo. 

Pengumuman bagi penangguhan tarikh konsert itu atas sebab teknikal dan perkara tidak dapat dielakkan, dibuat menerusi laman Facebook pihak penganjurnya, syarikat Rab International pada petang Rabu (28 Dis). 

'

Pengumuman yang sama juga dimuat naik oleh ejen penjualan tiket SISTIC sejak Selasa (27 Dis). 

''

Menurut Pegawai Operasi syarikat Rab International, Azli Kamaludin, orang ramai yang sudah membeli tiket untuk konsert itu yang berharga antara S$88 hingga S$338, akan menerima emel susulan daripada SISTIC bagi maklumat lanjut. 

Setakat ini, para artis termasuk ratu 'Rock' Ella, kumpulan Rusty Blade, Majesty dan Gersang dikatakan masih akan membuat persembahan untuk konsert itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita