Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Konsert Rockl4sik 'berpindah' ke Esplanade selepas ditunda

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Konsert Rockl4sik bakal diadakan di Dewan Konsert Esplanade pada 18 Mac 2023. 

Perancangan itu disahkan syarikat penganjur Rab International, selepas dihubungi BERITAmediacaorp. 

Pegawai Operasi Rab International, Encik Azli Kamaludin mengatakan bahawa perjanjian antara syarikat Rab International dan Esplanade telah dimeterai pada Khamis (29 Dis). 

Konsert itu sepatutnya diadakan pada Sabtu (31 Dis) di Dewan 6A, Singapore Expo namun ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal dan perkara yang tidak dapat dielakkan. 

PEMEGANG TIKET SEDIA ADA BOLEH DAPAT TIKET BARU DALAM KATEGORI LEBIH BAIK

Encik Azli juga mengatakan bahawa proses seterusnya adalah untuk memaklumkan dan bertanya kepada pemegang tiket sedia ada sama ada mereka boleh menghadiri konsert Rockl4sik pada tarikh yang baru. 

SISTIC sudah mula menghantarkan SMS dan emel kepada para pemegang tiket mengenai perkembangan terbaru itu. 

Menurut SISTIC, para pemegang tiket yang masih ingin melanjutkan rancangan untuk menghadiri konsert itu akan diberikan tiket baru pada selewat-lewatnya 31 Januari 2023. 

Mengenai hal tersebut, Encik Azli juga mengatakan bahawa para pemegang tiket sedia ada akan diberikan tiket dalam kategori yang lebih baik. 

Misalnya, para pemegang tiket yang membeli tiket kategori 'Mantap' pada harga S$88, akan diberikan tiket baru untuk kategori 'Perghh' bernilai S$138.

Selain itu, Encik Azli juga mengatakan bahawa syarikatnya sedang bekerjasama dengan ejen tiket SISTIC untuk memulakan penjualan tiket baru seawal minggu depan. 

Penjualan tiket itu adalah bagi baki tiket yang 'dilepaskan' para pemegang tiket asal yang tidak dapat hadir serta sekitar 25 peratus tiket yang tidak habis dijual untuk konsert itu pada tarikh asal. 

Konsert itu akan menampilkan persembahan daripada para artis termasuk ratu 'Rock' Ella, kumpulan Rusty Blade, Majesty dan Gersang.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan