Skip to main content

Singapura

Konsep meritokrasi SG terlalu sempit; perlukan anjakan minda terhadap sekolah dan gred, tegas DPM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Konsep meritokrasi di Singapura masih terlalu sempit dan takrif mengenai sekolah dan gred perlu dikemas kini, menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong di Parlimen pada Isnin (17 Apr).

"Ramai yang merasakan mereka terjerat dalam perlumbaan yang sengit sejak usia yang muda - tertekan untuk memperolehi gred terbaik, memasuki apa yang dianggap sebagai sekolah terbaik, supaya mereka boleh mendapatkan tempat terbaik dalam universiti," kata Encik Wong, yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Ini adalah salah satu perkara utama yang ditekankan dalam ucapan Encik Wong, yang merangkumi lima peralihan utama dalam kompak sosial Singapura yang baru. Kelima-lima peralihan tersebut termasuk: Satu pendekatan baru kepada kemahiran, definisi baru bagi kejayaan, pendekatan baru terhadap sokongan sosial, pendekatan baru kepada jagaan warga emas dan komitmen yang diperbaharui antara satu sama lain".
"Jika kita berjaya melaksanakan peralihan ini, kita boleh menjamin kompak sosial yang lebih kukuh - dan bukan dalam kalangan kita sahaja, tetapi juga antara generasi ini dan generasi-generasi akan datang," kata Encik Wong semasa membahaskan Amanat Presiden.

Amanat Presiden, yang disampaikan pada 10 April, menggariskan keutamaan pemerintah bagi baki penggal lima tahun pemerintah yang akan berakhir pada 2025.

Menurut Encik Wong, sesi baru parlimen membuka lembaran penting dalam sejarah Singapura dan "realiti sebenar" yang dihadapi Singapura dan masyarakat dunia yang lebih luas, dari perang di Eropah hingga ke persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia..

Menyentuh tentang pendidikan, Encik Wong berharap seluruh rakyat Singapura akan memandang serius terhadap takrif mengenai sekolah dan gred.

"Ia tidak mustahil untuk mengubah sesuatu yang sudah sebati dengan fitrah kita secara semula jadi. Kita mesti menjadi perubahan yang kita mahu lihat dalam masyarakat kita," jelasnya.

Beliau turut menggesa rakyat Singapura supaya memberikan diri mereka dan anak-anak mereka lebih banyak ruang untuk meneroka dan mengembangkan bakat dan memaksimumkan potensi mereka.

Untuk mencapainya, Singapura melaksanakan usaha termasuk 'T-score' PSLE dan menggantikan 'streaming' dengan Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB), katanya.

"Kami berharap langkah sedemikian akan menghapuskan tekanan dalam sistem pendidikan kita. Lebih penting lagi, kita berharap untuk menyampaikan isyarat kepada masyarakat bahawa kami memandang serius terhadap usaha untuk memperbaharui sistem kita."

Meritokrasi Singapura yang diperbaharui itu juga mesti merupakan satu langkah yang berterusan, dengan peluang pembelajaran, pencapaian dan bantuan untuk mencapainya di pelbagai peringkat, katanya.

TAKRIFAN BARU BAGI KEJAYAAN

Menurut Encik Wong, sebagai sesebuah masyarakat, takrifan kejayaan "tertumpu kepada beberapa definisi berbentuk kebendaan" seperti gaji atau hartanah seseorang.

"Bagaimana boleh kita mengubah persepsi ini, dan melaksanakan secara kolektif dan menerima takrifan kejayaan yang lebih luas?" tanya beliau..

"Kita seharusnya berusaha untuk menjadi sebuah (masyarakat) yang meritokrasi, di mana semua boleh menjadi versi mereka yang terbaik selagi boleh."

Encik Wong berkata anjakan minda diperlukan tetapi belum cukup, dan struktur ekonomi negara, ganjaran dan prospek pekerjaan dalam pelbagai kerjaya mesti berubah agar jurang gaji antara pelbagai kerjaya boleh dirapatkan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita