Konsep kerja pejabat diamalkan selama ini mungkin perlu berubah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Konsep kerja pejabat yang diamalkan selama ini mungkin perlu berubah.
Satu tinjauan terbaharu menunjukkan, kerja fleksibel, baik dari segi masa atau lokasi, adalah penentu utama bagi para pemohon kerja di Singapura.
Generasi muda, terutama golongan milenial dan Gen-Z, enggan menyertai syarikat-syarikat yang kurang proaktif untuk menjadi lebih mampan dan bersikap inklusif.
Demikian menurut kajian Randstad yang melibatkan sekitar 760 responden berusia antara 18 hingga 67 tahun.
Sekitar 20 peratus responden didapati menolak tawaran bagi pekerjaan yang tidak fleksibel.
Hampir separuh pula akan berhenti jika dipaksa berada lebih kerap di pejabat.
95 peratus mengutamakan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan, berbanding kadar 90 peratus bagi gaji lebih tinggi.
Kesedaran sosial juga juga meningkat.
37 peratus menyatakan akan menolak syarikat yang tidak proaktif ke arah kemampanan, sementara hampir 40 peratus enggan bekerja dengan syarikat yang tidak menggalak kepelbagaian dan sikap inklusif.
"Jadi bila anda semak apa takrifan mereka mengenai ini, ia bukan lagi berdasarkan jumlah, tetapi lebih kepada mutu. Mereka mahu tumbuh dan berkembang, bukan kemajuan kerjaya sahaja," kata pengarah urusan Asia-Pasifik Randstad, Jaya Dass..
"Mereka mahu meraih faedah di pelbagai tahap daripada syarikat, bukan sekadar sudut kewangan sahaja. Mereka juga mencari rasa ikatan, di mana, apa yang mereka lakukan hari ini menghasilkan nilai berterusan di hari muka untuk syarikat dan masyarakat umum," tambahnya.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.