Konflik Timur Tengah berisiko naikkan kos logistik sehingga 30% bagi sesetengah barangan
Di kedai Hamad Traders yang dikendalikan oleh sebuah keluarga di Little India, rak-raknya penuh dengan kurma dari Arab Saudi dan Iran, kacang kuda dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan minyak zaitun dari Palestin.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di kedai Hamad Traders yang dikendalikan oleh sebuah keluarga di Little India, rak-raknya penuh dengan kurma dari Arab Saudi dan Iran, kacang kuda dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan minyak zaitun dari Palestin.
Pemilik kedai itu, Ahmad Ramzani lazimnya membawa masuk barangan ke Singapura setiap dua minggu dari beberapa negara serta dari sebuah gedung di Malaysia.
Namun dengan penerbangan dari Timur Tengah sebahagian besarnya digantung disebabkan perang yang semakin memuncak di rantau itu, dan Selat Hormuz, iaitu laluan air utama, ditutup, ia semakin sukar untuk menjangkakan ketibaan penghantaran tepat pada masanya.
Para peruncit menjangkakan kos logistik bagi barangan dari Timur Tengah akan meningkat sebanyak 30 peratus sedang konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran memasuki hari keenam pada Khamis (5 Mac).
Dengan bulan Ramadan juga mendorong permintaan bagi barangan tertentu seperti kurma, sesetengah pengimport seperti Encik Ahmad Ramzani bekerjasama bagi menangani kos lebih tinggi dan memastikan terdapat bekalan, dengan pihak lain memberi amaran bahawa para pelanggan akhirnya mungkin perlu membayar lebih.
KOS LOGISTIK LEBIH TINGGI
Sejak perang meletus pada hujung minggu lalu, Encik Ahmad Ramzani berkata kos logistiknya meningkat sebanyak 25 peratus, di mana ia diserap oleh dirinya sepenuhnya.
Kurma biasanya dihantar dalam bekas yang disejukkan untuk memastikan kesegarannya.
Namun, laluan perkapalan utama kini mengenakan surcaj risiko perang terhadap kargo yang melalui kawasan Timur Tengah.
Bayaran surcaj itu boleh mencecah sehingga S$5,000 bagi setiap kontena.
Para pengamat berkata peralihan laluan perdagangan boleh menyebabkan penangguhan sehingga 14 hari.
Bagi menangani isu itu, Encik Ahmad Ramzani mula berkongsi sumber dengan para pengimport lain - berkongsi kos dan risiko - untuk membawa masuk pelbagai jenis buah-buahan kering, kacang dan kurma.
Mereka pertama kali menggunakan strategi itu semasa pandemik COVID-19.
"Kami sedar ia mustahil bagi satu pengimport untuk mengimport kesemuanya... kami duduk dan berbincang: "Mengapa tidak kita semua berkongsi satu rantau? Anda import dari rantau-rantau lain, saya import (dari yang lain). Kami bawa masuk semua barang-barang itu kemudian kami berkongsi dengan satu sama lain," kongsi Encik Ahmad Ramzani.
Perkongsian sedemikian mengurangkan risiko pelaburan bagi pengimport sepertinya, katanya.
Encik Aidil Hanafiah, seorang lagi peruncit di mana kurma-kurma jualannya berasal dari Arab Saudi, berkata beliau sedang bekerjasama dengan para pembekal untuk menangani kos pengangkutan.
Jika tidak, harga boleh meningkat sehingga 30 peratus, katanya.
Dengan permintaan yang meningkat semasa bulan Ramadan, beliau juga bimbang mengenai paras bekalan.
"Sebagai contoh, tiada cara lain (untuk mengimport barang) melainkan daripada pengangkutan udara. Penerbangan udara pula digantung. Ia membuat kami berasa bimbang tentang apa yang akan berlaku di masa hadapan," kata pengarah urusan Ideal's Souq.
Apabila pasukan pemberontak Houthi di Yaman memperhebatkan serangan terhadap kapal-kapal yang melalui Laut Merah semasa perang Israel-Hamas yang meletus pada 2023, penghantaran turut sama terjejas, kata Encik Hanafiah.
Terusan Suez, yang merupakan laluan perdagangan utama antara Eropah dengan Asia, terletak di penghujung utara Laut Merah.
"Kami perlu menunggu barangan kami antara seminggu hingga 10 hari lagi," kata Encik Aidil Hanafiah.
PERGERAKAN BARANGAN LEBIH MENCABAR
Seorang pakar maritim berkata pergerakan barangan yang keluar masuk dari Timur Tengah bertambah mencabar, terutamanya kerana sesetengah syarikat perkapalan berhenti mengambil tempahan.
Pelabuhan Singapura mungkin menyaksikan lebih banyak aktiviti jika konflik berterusan, kata Encik Jayendu Krishna, pengarah dan ketua penasihat maritim di perunding kajian maritim Drewry.
Ia juga "sangat mencabar" untuk mengimport barangan melalui Terusan Suez, sebagai contoh, katanya.
"Disebabkan situasi sedia ada, Iran tentu sekali tidak berganjak dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga tidak berganjak daripada pendiriannya... Ia kelihatan seolah-olah bagi saya bahawa perang itu tidak akan berakhir dalam masa terdekat ini," katanya.
"(Ini bermakna) boleh berlaku senario di mana anda melihat kapal-kapal mula memunggah kotak-kotak mereka di Singapura, Pelabuhan Klang atau hab-hab pemindahan penghantaran (yang lain)."
Encik Krishna memberi amaran jika syarikat-syarikat penghantaran memunggah lebih banyak kargo daripada dirancang di hab-hab tersebut, ia boleh menyebabkan kesesakan dan penangguhan lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.