Skip to main content

Singapura

Konflik bersenjata antara Amerika dengan China boleh 'ubah kehidupan': Dr Ng Eng Hen

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata, sebarang konflik bersenjata antara Amerika Syarikat dan China akan menimbulkan keperitan dan mungkin boleh mengubah kehidupan.

Lantas, kata beliau, semua pihak perlu berhati-hati demi mengelak senario tersebut.

Dr Ng menjawab demikian ketika ditanya mengenai kesan konflik sebegitu ke atas rantau Indo-Pasifik.

Beliau berucap di Forum Keselamatan Aspen di Colorado, Amerika Syarikat.

"Jika Amerika berjaya mengekalkan kekuasaan ketenteraannya di Asia, ini tidak akan menghentikan China. China akan tetap bertahan.

"Perdagangan dunia akan berhenti di China. China akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan, dan persaingan ini akan berterusan untuk beberapa dekad lagi, mungkin lebih daripada satu generasi," jelas Dr Ng.

Ketika ditanya sama ada 'kuasa lembut' Amerika Syarikat semakin terhakis, Dr Ng percaya Washington perlu kekal sebagai pemimpin global dalam membentuk peraturan perdagangan.

Trajektori positif antara Amerika Syarikat dan China kata beliau, akan meningkatkan kestabilan dan pertumbuhan serantau.

Dr Ng turut menegaskan pendirian Singapura mengenai isu-isu global.

"Pendirian kami bukan sekadar sikap berkecuali, tetapi terhadap maklumat, dengan meneliti, cuba berpijak pada bumi yang nyata, dan menyatakan apa yang boleh, apa yang tidak.

"Kami tidak percaya kami dapat mengimbangi kedua-dua adikuasa. Namun akan berbincang dengan mereka, dan berusaha mencari ruang di mana kesemua pihak memerlukan kami," tambahnya.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita