Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kondominium Thomson View dilancar semula untuk jualan en bloc bernilai S$950 juta

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kondominium Thomson View akan dilancarkan semula bai penjualan kolektif pada anggaran harga yang sama bernilai S$950 juta, menurut ejen pemasaran OrangeTee Advisory pada Rabu (11 Mei).

Apabila tender sebelumnya dilancarkan pada November tahun lalu, ia merupakan usaha penjualan kolektif kediaman yang terbesar, mengikut kuantum harga, pada 2021.

Pelancaran semula itu bakal dibuka melalui tender awam pada 12 Mei dan akan ditutup pada jam 3.00 petang, tanggal 8 Jun 2022.

Kondominium yang terletak berhampiran dengan stesen MRT Upper Thomson itu dibangunkan pada 1987 dan menduduki tapak seluas kira-kira 540,314 kaki persegi. Ia terdiri daripada 200 unit apartmen, 54 rumah bandar dan sebuah unit kedai.

Di bawah Pelan Induk 2019, kawasan itu diperuntukkan bagi pembangunan kediaman dengan nisbah plot kasar 2.1.

Kajian kebolehlaksanaan sebelum permohonan mengenai bilangan unit yang boleh dibina semula di tapak berkenaan sudahpun diserahkan kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk disemak dan sedang menantikan kelulusan oleh pihak berkuasa.

Pelancaran semula pada November lalu menarik "beberapa pertanyaan dan lawatan ke tapak oleh pihak-pihak yang berminat", kata pengarah urusan OrangeTee Advisory, Marcus Oh.

"Namun, disebabkan tempoh masa singkat kurang sebulan antara pengumuman langkah-langkah meredakan pasaran hartanah pada Disember 2021 dengan penutupan tender pada Januari 2022, bakal pembeli memutuskan untuk menangguhkan terlebih dahulu keputusan mereka bagi membeli hartanah tersebut," tambah beliau.

Encik Oh menambah bahawa pembangunan baru itu akan menimbulkan minat ketara dalam kalangan bakal pembeli rumah berikutan bekalan rumah kediaman yang terhad di kawasan tengah Singapura (District 20) yang meliputi estet-estet di Ang Mo Kio, Bishan dan Thomson.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan