Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kondominium antara kawasan catat peningkatan jumlah tempat pembiakan nyamuk

Sedang jumlah jangkitan denggi di negara ini terus bertambah melampaui 20,000 kes, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mendapati jumlah jentik-jentik nyamuk Aedes yang dikesan di rumah dan koridor rumah, meningkat lima kali ganda semasa tempoh "circuit breaker".

Anggaran Waktu Membaca:
Kondominium antara kawasan catat peningkatan jumlah tempat pembiakan nyamuk

Nyamuk Aedes aegypti dilihat menerusi mikroskop. (Gambar: Mauro Pimentel/AFP)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 05:37PM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 05:39PM

SINGAPURA: Sedang jumlah jangkitan denggi di negara ini terus bertambah melampaui 20,000 kes, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mendapati jumlah jentik-jentik nyamuk Aedes yang dikesan di rumah dan koridor rumah, meningkat lima kali ganda semasa tempoh "circuit breaker".

Kondominium privet juga tidak terkecuali.

NEA menyatakan kawasan kondominium adalah antara tapak-tapak yang menyaksikan peningkatan jumlah tempat pembiakan nyamuk.

Ia mungkin disebabkan oleh kerja-kerja penyenggaraan yang berkurangan akibat sekatan-sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan.

Beberapa pengurus kondominium mengatakan mereka telah mengaturkan proses semburan ubat penghapus nyamuk dengan bangunan-bangunan berdekatan, demi memastikan agar usaha tersebut lebih berkesan.

Satu lagi keprihatinan adalah adanya lebih banyak unit-unit flat atau kondominium yang kosong semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Memandangkan Singapura sudah beralih ke Fasa Kedua pembukaan semula ekonomi negara, kerja-kerja penyenggaraan di beberapa kawasan kini kembali seperti biasa.

Namun, pihak berkuasa dan syarikat-syarikat pengurusan kondominium menggesa para penghuni supaya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan rumah mereka bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk. 

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan