Komunikasi terbuka, sokongan masyarakat benteng cegah keganasan rumah tangga: Zhulkarnain
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memperkukuh komunikasi dalam keluarga serta memperluaskan sokongan masyarakat merupakan antara langkah penting dalam mencegah keganasan rumah tangga, kata Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Luar, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.
Beliau berkata demikian kepada media selepas acara Simposium Keluarga Casa Raudha 2026 anjuran pertubuhan perlindungan mangsa keganasan keluarga, Casa Raudha, di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Payar Lebar, pada Sabtu (11 Jul).
Mengulas lanjut, Encik Zhulkarnain berkata hubungan yang dibina atas dasar saling memahami dan menghormati bukan sahaja mengukuhkan ikatan kekeluargaan, malah dapat mengelakkan salah faham yang berpotensi menjejaskan keharmonian sesebuah keluarga.
"Komunikasi terbuka antara ahli keluarga memberi satu perisai kepada keluarga. Ia membantu meleraikan salah tanggapan, membolehkan suami isteri memahami perasaan antara satu sama lain serta memupuk nilai saling memahami dan saling menghormati," kata beliau.
Ini lebih-lebih lagi dengan keluarga hari ini yang berdepan cabaran yang semakin kompleks, tambah beliau.
Ibu bapa, katanya, perlu mengimbangi tuntutan pekerjaan, tanggungjawab menjaga keluarga serta keperluan harian, manakala pasangan pula berusaha mengekalkan hubungan dalam kehidupan yang semakin mencabar.
Justeru, simposium tersebut "menyediakan ruang kepada keluarga dan masyarakat untuk membincangkan isu-isu sensitif yang mungkin sukar disentuh dalam kehidupan seharian".
WADAH UNTUK BINCANG CABARAN KELUARGA MODEN
Bertemakan 'Modern Families, Real Conversations', simposium itu menghimpunkan pakar daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pandangan mengenai isu-isu yang dihadapi keluarga masa kini.
Antara topik yang dibincangkan termasuk komunikasi dalam keluarga, hubungan pasangan, keibubapaan dalam era digital serta cabaran kehidupan moden.
Para peserta turut menyertai sesi perbincangan panel dan bengkel yang mengetengahkan langkah-langkah praktikal bagi membina hubungan kekeluargaan yang lebih sihat dan berdaya tahan.
Di samping inisiatif seperti sedemikian, sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, termasuk rakan kongsi masyarakat dan pertubuhan sama penting.
PENDEKATAN LEBIH MENYELURUH TANGANI KEGANASAN RUMAH TANGGA
Dalam pada itu, Encik Zhulkarnain berkata usaha menangani keganasan rumah tangga tidak seharusnya tertumpu kepada membantu mangsa semata-mata.
Pelaku keganasan rumah tangga juga tidak tertakluk kepada mana-mana jantina atau lapisan masyarakat, tambahnya.
Justeru, "pendekatan yang lebih holistik dan inisiatif yang dapat mendekati pelaku" perlu diambil.
"Apabila hubungan itu dapat dipulihkan semula, ia akan lebih memanfaatkan anak-anak dan pasangan mereka juga," katanya.
BUKU ANGKAT KISAH WANITA DAN KANAK-KANAK BANGKIT DARIPADA TRAUMA
Simposium itu turut menyaksikan pelancaran buku baharu penerbitan Casa Raudha.
Berjudul 'When Healing Leads: Messages Without Borders', ia menyingkap kisah dan pengalaman golongan wanita yang pernah melalui trauma, keganasan dan kehilangan.
Pengarah Eksekutif Casa Raudha, Cik Zaharah Ariff, berkata ilham menghasilkan buku tersebut lahir daripada ketabahan wanita yang pernah dibantu pertubuhan itu di Singapura, selain wanita yang berdepan konflik dan peperangan di luar negara.
"Kami melihat begitu ramai wanita yang terus bangkit walaupun melalui pelbagai trauma dan kesakitan. Buku ini khas buat wanita yang sedang melalui trauma atau kehilangan, dengan harapan ia dapat memberi sedikit ketenangan dan membantu mereka dalam proses penyembuhan," katanya.
Buku setebal 50 halaman itu ditulis dalam bahasa yang mudah difahami agar lebih ramai wanita, tidak mengira latar belakang, dapat mengambil manfaat daripada mesej yang disampaikan.
Menurutnya, setiap halaman mengajak pembaca menelusuri perjalanan wanita yang bangkit daripada kesakitan, di samping mengingatkan mereka bahawa sentiasa ada ruang untuk mendapatkan bantuan dan harapan.
Hasil jualan buku itu akan disalurkan kepada usaha bantuan kemanusiaan bagi menyokong wanita dan keluarga yang terjejas akibat krisis kemanusiaan di Gaza.
Casa Raudha menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak $10,000 menerusi jualan buku tersebut.
Sebanyak $4,200 telah berjaya dikumpulkan setakat semalam.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.