Skip to main content

Singapura

Komplikasi bedah tulang belakang turun kepada bawah 5% dengan bantuan AI: TTSH

Pakar-pakar bedah di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) berkata komplikasi pembedahan tulang belakang berkurangan daripada sekitar 10 peratus kepada bawah lima peratus dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Nov 2025 08:10PM Dikemas Kini : 03 Dec 2025 03:27PM
SINGAPURA: Pakar-pakar bedah di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) berkata komplikasi pembedahan tulang belakang berkurangan daripada sekitar 10 peratus kepada bawah lima peratus dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Kaedah yang digunakan juga membantu mengekang masalah serius seperti lumpuh, menjadi kurang satu peratus.

Teknologi tersebut bukan sekadar memberi gambaran tepat tentang tulang belakang pesakit, tetapi turut merancang kedudukan dan cara peralatan dimasukkan untuk meluruskannya.

Ini penting bagi kes rumit melibatkan pesakit lanjut usia, di mana ketepatan amat kritikal.

Sejak 2021, TTSH sudah menjalankan lebih 250 pembedahan menggunakan teknologi berkenaan.

Pihak hospital kini merancang untuk meluaskan penggunaannya kepada rawatan ortopedik lain.

"Dalam jangka panjang, risiko komplikasi pesakit juga lebih rendah.

"Kemungkinan skru silap dipasang dapat dikurangkan, dan pembetulan tulang yang rumit kini lebih tepat.

"Semua ini membawa kepada hasil rawatan yang lebih baik, mengurangkan kadar pesakit perlu kembali atau menjalani pembedahan semula," kata Konsultan, Jabatan Pembedahan Ortopedik, TTSH, Dr Wayne Yap.
Sumber : CNA/AQ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita