Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kompleks penjara Selarang Park guna teknologi pengecaman wajah, analitik video

Singapura kini mempunyai sebuah penjara 'bijak' yang menggunakan teknologi pengecaman wajah dan analitik video.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Apr 2021 08:59PM Dikemas Kini : 22 Apr 2021 09:04PM

SINGAPURA: Singapura kini mempunyai sebuah penjara 'bijak' yang menggunakan teknologi pengecaman wajah dan analitik video.

Lebih tepat lagi, kaedah seperti itu digunakan di Kompleks Selarang Park, iaitu kemudahan penjara terbaru di negara ini.

Kini ada sistem yang berupaya mengesan tindakan kasar jika ada banduan yang bergaduh dalam kurungan, untuk segera memaklumkan para pegawai penjara.

Demikian antara teknologi baru yang akan mempertingkat operasi di Kompleks Selarang Park.

Julai nanti, sistem pengesanan juga akan dirintis dalam sebuah kemudahan dalam kompleks itu.

Kemudahan tersebut menempatkan sekitar 1,500 banduan, termasuk para pesalah dadah.

Kompleks berkenaan akan menjadi kemudahan penjara pertama di Singapura yang menggunakan teknologi pengecaman wajah.

Para banduan boleh bergerak di dalam zon-zon tertentu tanpa kehadiran pegawai penjara.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam
mengulas mengenai pentingnya memanfaatkan teknologi.

"Kita juga ingin Penjara beralih kepada stategi "Penjara Tanpa Pengawal" yang sudah diuji dan difikirkan beberapa tahun lalu. Visi ini akan menggunakan teknologi untuk mengautomasikan tugasan harian supaya ia membolehkan para pegawai penjara untuk lebih menumpukan perhatian kepada pendampingan dan pemulihan - iaitu sisi lebih intim, dalam cara yang positif," menurut Encik Shanmugam.

Tablet elektronik juga akan disediakan bagi para banduan untuk membolehkan mereka membaca e-buku dan menulis 'surat' kepada kenalan masing-masing.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan