Komitmen terhadap GRC East Coast tidak berubah: DPM Heng
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata komitmen beliau kepada para penduduk GRC East Coast tetap tidak berubah menyusuli keputusannya minggu ini untuk menarik diri daripada menjadi Perdana Menteri yang akan datang.
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata komitmen beliau kepada para penduduk GRC East Coast tetap tidak berubah menyusuli keputusannya minggu ini untuk menarik diri daripada menjadi Perdana Menteri yang akan datang.
Menulis di Facebook pada Sabtu (10 Apr) DPM Heng berkongsi pertimbangan di sebalik keputusan beliau itu dalam pertemuan dengan para aktivis PAP serta Anggota Parlimen yang lain dalam GRC itu semalam.
Menurut Encik Heng, para AP GRC itu juga tetap teguh dengan komitmen mereka dan akan meneruskan tugas untuk membina East Coast yang penyayang, dinamik dan mesra alam, bersama para sukarelawan serta penduduknya.
BACA: DPM Heng Swee Keat undurkan diri sebagai ketua pasukan 4G PAP, PM Lee terima keputusan
"Para penduduk kami memberi mandat mereka. Kami akan terus lakukan yang terbaik untuk berbakti kepada para penduduk, dan menggembleng semua pihak untuk bekerjasama dalam merealisasikan rancangan membangunkan sebuah East Coast yang penyayang, mekar dan hijau.
"Kami mengalu-alukan sokongan berterusan ramai sukarelawan kami dan penduduk kami," tulis Encik Heng.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.