Komitmen bagi Melindungi Keharmonian Beragama tekankan nilai perpaduan
Komitmen bagi Melindungi Keharmonian Beragama tidak terbatas hanya dalam situasi keagamaan sahaja, malah ia boleh digunakan dalam situasi kemasyarakatan untuk menekankan lagi nilai perpaduan.
SINGAPURA: Komitmen bagi Melindungi Keharmonian Beragama tidak terbatas hanya dalam situasi keagamaan sahaja, malah ia boleh digunakan dalam situasi kemasyarakatan untuk menekankan lagi nilai perpaduan.
Demikian menurut Presiden Halimah Yacob ketika ditemui para wartawan di Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Bersepadu (ICCS) hari ini (20 Jun).
Komitmen bagi Melindungi Keharmonian Beragama membentangkan cara-cara bagaimana individu boleh menjalin ikatan antara satu sama lain.
"Kita boleh menggunakan dalam situasi-situasi lain seperti di institusi-institusi pendidikan, di tempat-tempat kerja. Jadi kita lihat ada semacam kesan berganda.
"Di mana naratif yang kita mahu iaitu menentukan kestabilan, keamanan dan sebagainya dapat juga dikongsi dengan semua lapisan masyarakat," kata Presiden Halimah.
ICCS yang berlangsung selama tiga hari hingga Jumaat (21 Jun) adalah hasil idea Presiden Halimah Yacob dan menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari 40 negara.
Ia dianjurkan oleh Sekolah Kajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).
Persidangan itu turut menyertakan Program Pemimpin Muda yang menawarkan wadah bagi generasi pemimpin seterusnya untuk bertukar-tukar pendapat tentang cabaran-cabaran masyarakat dan berkenalan dengan rakan-rakan yang sependapat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.