Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Komander Tentera Laut Diraja Brunei buat lawatan pengenalan ke S'pura

Petang tadi (31 Mac), Laksama Spry bertemu dengan Menteri Pertananan Singapura Ng Eng Hen di MINDEF di mana mereka menegaskan lagi hubungan dua hala yang kukuh dan sudah terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Komander Tentera Laut Diraja Brunei buat lawatan pengenalan ke S'pura

Komander Tentera Laut Diraja Brunei (RBN) Dato Seri Pahlawan Laksamana Pertama Spry Serudi bertemu dengan Menteri Pertananan Singapura Ng Eng Hen di MINDEF pada 31 Mac 2022. (Gambar: MINDEF)

SINGAPURA: Komander Tentera Laut Diraja Brunei (RBN) Dato Seri Pahlawan Laksamana Pertama Spry Serudi berada di Singapura untuk lawatan pengenalan selama empat hari hingga Jumaat 1 (Apr).

Demikian menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan media hari ini (31 Mac).

Petang tadi, Laksama Spry bertemu dengan Menteri Pertananan Singapura Ng Eng Hen di MINDEF di mana mereka menegaskan lagi hubungan dua hala yang kukuh dan sudah terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara.

Semasa di sana, Laksama Spry juga mengadakan pertemuan dengan Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan memeriksa Kawalan Kehormatan.

Sebagai sebahagian daripada lawatannya, Laksamana Spry juga mengunjungi Pangkalan Tentera Laut Changi - RSS Singapura - pada Rabu.

Beliau bertemu dengan Panglima Tentera Laut Laksamana Muda Aaron Beng dan diberi taklimat mengenai pengendalian operasi serta keupayaan Keselamatan Maritim dan Respons Kapal (MSRV) kelas Sentinel oleh Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) di atas MSRV Bastion.

royal brunei navy inspects rsn
(Gambar: MINDEF)


Lawatan Laksamana Spry mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala yang erat dan sudah lama terjalin antara Singapura dengan Brunei.

RSN dan RBN berinteraksi secara berkala melalui latihan dua hala serta latihan di laut seperti Latihan Pelican, kehadiran silang kursus, pertukaran profesional dan lawatan.

Interaksi sedemikian meningkatkan kerjasama dan memperdalam persefahaman antara kedua-dua angkatan laut di samping mengukuhkan hubungan antara kakitangan.

MINDEF menyatakan pemeriksaan kesihatan relevan dan langkah-langkah keselamatan dilaksanakan oleh rombongan pelawat itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan