Komander Kedua Kontinjen ASP Didizulqarnain Cindy kongsi cerita balik tabir NDP 2020
Antara acara menarik yang dinanti-nantikan ramai pada setiap NDP adalah perbarisan pasukan berpakaian seragam. Namun dengan pandemik COVID-19 tahun ini, persiapan mereka cukup mencabar.
SINGAPURA: Antara acara menarik yang dinanti-nantikan ramai pada setiap NDP adalah perbarisan pasukan berpakaian seragam. Namun dengan pandemik COVID-19 tahun ini, persiapan mereka cukup mencabar.
BERITAmediacorp bertemu dengan seorang Komander Kontinjen Kedua Kontinjen Kehormatan Polis, Penolong Superintendan Polis (ASP) Didizulqarnain Cindy, untuk mendengar cerita di balik tabir daripada beliau.
TUNGGU SETAHUN UNTUK BERAKSI DI ACARA SEBENAR
Tahun lalu, ASP Didizulqarnain, 31 tahun hanya dapat berbaris semasa raptai-raptai NDP sebagai peserta simpanan.
Namun tahun ini beliau berpeluang berbaris sebagai Komander Kontinjen Kedua bagi Kontinjen Kehormatan Polis bersama 36 anggota dan seorang pegawai kontinjen.
Kali terakhir ASP Didizulqarnain melibatkan dirinya dalam NDP adalah pada 2005 ketika beliau menyertainya dalam Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC).

"Peranan saya di dalam kontinjen tersebut ialah menolong komander kontinjen kerana kami berbaris di bahagian belakang kontinjen tersebut. Jadi untuk saya, saya dapat melihat siapa-siapa mereka yang tidak berbaris dengan betul atau serentak.
"Kami semua harus sentiasa memakai pelitup, menjaga jarak selamat dan mengikut panduan keselamatan dan kesihatan yang telah ditentukan semasa latihan," kata ASP Didizulqarnain, yang juga adalah adik kepada penyanyi Didicazli.
BERLATIH 'PEDANG' DI RUMAH DEPAN CERMIN
Disebabkan COVID-19 juga, persiapan kontinjen kehormatan polis untuk NDP tahun ini hanya dapat dimulakan pada Jun 2020.
Malah mereka terpaksa berlatih secara berasingan di Padang dan Akademi Home Team, selain di rumah sendiri.
Berkongsi rutin 'istimewanya', ASP Didizulqarnain menjelaskan: "Jadi saya melakukan 'drills' pedang ini di rumah. Apa yang saya buat menghadap tembok tapi tembok ada cermin. Di depan cermin saya akan membuat arahan mengikut masa. Kadang-kadang kelakar juga kalau kita tengok diri sendiri kosong tapi itulah yang harus dibuat supaya kita dapat memastikan kita punya 'drills' adalah ringkas.
"Isteri saya yang sedang kerja dari rumah, dia macam ketawa juga kadang-kadang tetapi dia memberi sokongan kerana sekarang adalah COVID-19," tambah ASP Didizulqarnain.
Anda berpeluang menyaksikan kontinjen ASP Didizulqarnain muncul semasa segmen acara Perbarisan Pagi pada Ahad (9 Ogos) pada jam 10.20 pagi di kesemua wadah Mediacorp.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.