Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kolong blok HDB di Woodlands ini dikepung , halang permainan bola sepak

Anggaran Waktu Membaca:
 Kolong blok HDB di Woodlands ini dikepung , halang permainan bola sepak

(Gambar: TODAY/Ooi Boon Keong)

Diterbitkan : 01 Dec 2023 11:31AM Dikemas Kini : 01 Dec 2023 01:00PM
SINGAPURA: Tindakan majlis bandaran mengepung salah satu kolong blok di Woodlands untuk menghalang sebarang permainan bola menerima kecaman online.

Tindakan tersebut dilaksanakan untuk menangani aduan para penduduk mengenai bunyi bising.

Isu itu menarik perhatian ramai pada 23 November, apabila seorang penduduk Blok 638 Woodlands Ring Road yang tidak dikenali menghubung TMSG - iaitu sebuah blog sukan, hiburan dan gaya hidup - untuk meluah rasa tidak puas hati terhadap tindakan Majlis Bandaran Sembawang.

Penduduk tersebut menganggap tindakan itu sebagai "tidak masuk akal" sehingga ruang kolong blok itu dikepung gara-gara kanak-kanak yang bermain bola sepak, lapor TMSG.

Pengguna itu juga berkongsi notis yang dikeluarkan majlis bandaran tersebut terhadap tindakan mengepung kolong blok itu.

Notis yang bertarikh 3 November itu menyatakan bahawa majlis bandaran sedang memberi respons kepada aduan "gangguan bunyi bising" oleh pelajar "yang bermain bola dan menjerit pada masa yang sama".

Ia menambah bahawa para pelajar tersebut terus bermain di kolong blok meskipun usaha untuk "mendidik" mereka dijalankan. Ini termasuk memasang tanda "Permainan Bola Tidak Dibenarkan", serta nasihat oleh pegawai majlis bandaran serta pemimpin akar umbi Zon 8 yang memberitahu mereka untuk tidak bermain.

Oleh itu, majlis bandaran tersebut memutuskan untuk mengepung sebahagian daripada kolong Blok 638, untuk "menghalang buat sementara tindakan tidak mematuhi peraturan".

"Kolong blok itu masih tersedia untuk majlis perkahwinan, kematian dan acara lain jika ia ditempah," tambah notis itu.
Ia menambah bahawa kawasan itu tidak akan dikepung sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

'TIDAK DIBENARKAN BERSERONOK'

Isu tersebut menarik perhatian pengguna forum online, Reddit, yang mempunyai pandangan yang berbeza. Satu bebenang perbincangan mengenai isu itu menerima 303 undian dan 203 komen sejak ia dimuat naik pada Ahad (26 Nov) lalu.

Ramai antara mereka tidak setuju dengan tindakan Majlis Bandaran Sembawang, yang menarik perhatian bahawa golongan muda di Singapura tidak mempunyai banyak pilihan melakukan aktiviti-aktiviti sukan di luar.

Seorang pengguna menulis: "Bagi kanak-kanak ini, mereka bermain di kolong blok kerana ia adalah satu-satunya pilihan yang mereka ada. Anda tidak boleh mengharapkan mereka berbelanja untuk menempah gelanggang bola sepak privet, sedang gelanggang awam tidak begitu banyak."

Terdapat mereka yang berhujah bahawa kanak-kanak tersebut dibenarkan bermain di kolong blok pada waktu-waktu yang tidak sibuk, seperti pada tengah hari dan awal petang.

Segelintir daripada mereka mengkritik pengguna yang mengadu tentang isu tersebut, dengan berkata bahawa "mereka mengapi-apikan isu itu".

Terdapat beberapa keprihatinan yang dibangkitkan terhadap usaha menyekat perkembangan budaya bola sepak di Singapura. Beberapa contoh dipetik dari negara-negara lain, di mana bola sepak jalanan memainkan peranan penting dalam mengasah minat dan kemahiran asas.

"Inilah sebab sebarang cita-cita kita untuk bertanding dalam Piala Dunia tidak lagi wujud," tulis seorang pengguna Reddit.

Bagi sebahagian pihak yang lain, beberapa pengguna Reddit memuji tindakan tersebut atas sebab bunyi bising yang mengganggu mereka yang kerja malam, serta kebimbangan terhadap keselamatan penduduk, kebersihan dan potensi menyebabkan kerosakan pada kawasan tersebut.

Seorang pengguna menulis: "Kepala saya pernah dihentam dengan bola ketika saya berjalan di kolong blok, jadi saya tidak setuju kanak-kanak bermain di sana."

Ramai pengguna mengimbas kembali memori zaman kanak-kanak mereka, ketika bermain bola sepak di kolong blok bersama jiran tetangga. Mereka juga meluahkan rasa bimbang berhubung ruang-ruang kegiatan masyarakat yang makin berkurangan di estet perumahan awam.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan