Koleksi teratai terbesar di SG antara tarikan Taman Jepun apabila dibuka semula pada Sept
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Taman Jepun di Taman Tasik Jurong sedang bersiap sedia untuk menyambut para pengunjung dengan koleksi teratai terbesar di Singapura dan laluan pejalan kaki dengan pemandangan indah apabila ia dibuka semula pada September ini.
Seluas sekitar 13 hektar, ia juga akan menampilkan "reka bentuk sensitif air", menurut Lembaga Taman Negara (NParks) pada Ahad (21 Jul).
Ia juga akan menandakan satu kejayaan terbaharu dalam pembangunan semula Taman Tasik Jurong, yang terletak dalam Daerah Tasik Jurong (JLD) yang lebih besar.
Taman Lakeside dan bahagian utara masing-masing dibuka pada 2019 dan 2023.
Pembukaan Taman Jepun dan Taman Cina, kedua-duanya dijadualkan pada September tahun ini, yang akan menandakan berakhirnya projek penyegaran semula Taman Tasik Jurong, menurut garis masa di laman web JLD.

"Taman Jepun, bersama-sama dengan Taman Lakeside yang sudah siap dan Taman Cina yang akan datang, adalah salah satu daripada tiga taman di Taman Tasik Jurong, taman negara pertama di bahagian tengah Singapura," menurut NParks.
"Antara tarikan Taman Jepun yang telah dinaik taraf ialah taman baharu yang mempamerkan flora tropika dan satu siri landskap air yang digabungkan dengan kehijauan,nya" tambah NParks.
TERATAI
Pelawat yang datang dari Stesen MRT Jurong East dan menyeberangi Jambatan Taman Jepun akan disambut oleh Astaka Teratai (Water Lily Pavilion), yang menuju ke Taman Teratai.
Astaka itu akan menawarkan pemandangan tanpa halangan dan berfungsi sebagai ruang berbumbung untuk menganjurkan acara.
Taman Teratai yang baharu akan menjadi tuan rumah kepada koleksi teratai terbesar di Singapura, dengan lebih 150 jenis teratai mekar siang dan malam yang diperoleh dari seluruh dunia, seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.

Ini termasuk jenis teratai yang terbesar dan paling kecil, serta beberapa jenis lain yang akan dipamerkan kepada orang ramai di Singapura buat julung-julung kalinya, dedah NParks.
Antaranya ialah teratai gergasi yang boleh menghasilkan daun yang tumbuh selebar 3 meter. Daun yang sudah matang sepenuhnya boleh menampung seberat anak kecil.
“Jalan laluan merentasi beberapa siri kolam teres akan membolehkan pelawat berjalan-jalan dengan pemandangan indah di sepanjang air yang mengalir dan mereka berpeluang mengagumi teratai dari dekat, menawarkan lebih banyak peluang untuk menghargai alam semula jadi,” kata NParks.
Pada 2021, pembuat cip Amerika Syarikat, Micron Technology menderma S$1 juta untuk menyokong usaha kemampanan melalui pelaksanaan sistem pengurusan air bijak yang membantu membersihkan dan memulihkan air di Taman Teratai dan Taman Jepun yang lebih besar.
SUNKEN GARDEN
NParks menambah bahawa para pengunjung juga boleh menjangkakan 'Sunken Garden' baharu dengan "landskap seakan gaung" yang dikelilingi oleh dinding hijau yang dibarisi epifit seperti orkid, paku pakis dan lumut.
Bahagian tengah taman ini akan menjadi ciri air yang diilhamkan oleh 'cenote' yang akan mengumpul air hujan untuk dikitar semula.
Cenote ialah telaga semula jadi atau lubang benam yang dalam, terbentuk akibat runtuhan batu kapur yang mendedahkan air bawah tanah di bawahnya.
"Dengan persekitarannya yang menyejukkan secara semula jadi, Sunken Garden juga akan menawarkan tempat berehat untuk para pelawat," kata NParks, sambil menambah bahawa taman itu akan mewujudkan iklim mikro kelembapan tinggi dan suhu rendah.

TAMAN BUNGA
Pelawat yang memasuki Taman Jepun dari Taman Lakeside akan disambut oleh Taman Bunga yang baharu.
Di dalam ruang ini terdapat empat taman tema.
"Taman-taman ini diilhamkan oleh prinsip reka bentuk taman tradisional Jepun, dan akan menampilkan elemen taman Jepun, seperti batu arca, gugusan buluh dan pokok hiasan dalam landskap yang tenang," kata NParks.

PEMANTAUAN MASYARAKAT
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk pemantauan masyarakat, NParks melibatkan pihak-pihak berkepentingan untuk mereka bentuk bersama ruang masyarakat dalam Taman Bunga.
Menurut NParks, ia telah bekerjasama dengan JTC untuk membangunkan konsep reka bentuk dan rakan kongsi pelajar dari Akademi Seni Halus Nanyang, Politeknik Singapura, Politeknik Ngee Ann dan Kolej Timur ITE, serta 'Friends of Jurong Lake Gardens'.
Pada Ahad (21 Jul), lebih 150 penduduk, pemimpin akar umbi, pelajar dari Institut Pengajian Tinggi, sukarelawan dari 'Friends of Jurong Lake Gardens' dan 'Nature Kakis Network', serta penderma telah mengambil bahagian dalam peningkatan berterusan Taman Jepun.
Mereka menanam pokok dan pokok renek bersama dengan penasihat dari GRC Jurong, GRC West Coast, SMC Yuhua dan SMC Bukit Batok.
Ini termasuk Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial Desmond Lee, dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.