Skip to main content

Singapura

Koleksi sampul hongbao Tahun Naga ditawarkan di 43 muzium mulai 12 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Koleksi sampul merah sempena Tahun Naga boleh didapatkan di 43 muzium, institusi dan galeri warisan yang mengambil bahagian pada musim Tahun Baharu Cina ini, dengan setiap lokasi menawarkan reka bentuk sampul yang unik.

Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Selasa (9 Jan) menyatakan bahawa pengunjung boleh mendapatkan sampul merah tersebut sepanjang Kempen Hongbao Tahun Baru Cina Meja Bundar Muzium, dari 12 Januari sehingga 9 Februari.

Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 10 dan 11 Februari.

Setiap pengunjung dihadkan satu set sampul yang merangkumi lapan sampul merah selagi stok masih ada.

Meja Bundar Muzium tersebut adalah himpunan lebih daripada 60 muzium dan galeri warisan awam dan privet, ditubuhkan oleh NHB pada 1996 bagi menggalakkan budaya mengunjungi muzium di Singapura.

Ia adalah kali kesepuluh NHB melaksanakan kempen tersebut.

Berikut senarai muzium yang mengambil bahagian:
  • Muzium ArtScience
  • Muzium Tamadun Asia
  • Dewan Warisan Persatuan Char Yong (Dabu)
  • Muzium Kanak-kanak Singapura
  • Pusat Warisan Cina
  • Galeri Warisan Serani
  • Belas Kilang Ford
  • Fort Siloso
  • Galeri Warisan Geylang Serai
  • Galeri HDB LIVINGSPACE
  • Pusat Warisan India
  • Galeri Warisan Kreta Ayer
  • Galeri Warisan Hospital Kwong Wai Shiu
  • Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Lee Kong Chian
  • MINT Museum of Toys
  • Pusat Warisan MOE
  • Galeri Nasional Singapura
  • Perpustakaan Negara Singapura
  • Pusat Pengunjung NEWater
  • NUS Baba House
  • Muzium NUS
  • Muzium Peranakan
  • Muzium Reka Bentuk Red Dot
  • Muzium
  • Angkatan Udara Republik Singapura
  • Pusat Sains Singapura
  • Muzium Seni Singapura
  • Warisan Kebun Bunga Singapura
  • Muzium dan Galeri CDL Green
  • Galeri Bandar Singapura
  • Muzium Syiling dan Wang Kertas Singapura
  • Pusat Teroka Singapura
  • Galeri Maritim Singapura
  • Galeri Mobiliti Singapura
  • Muzium Kotak Muzik Singapura
  • Muzium Sukan Singapura
  • STPI - Bengkel & Galeri Kreatif
  • Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen
  • Galeri Kemampanan Singapura @ Bendungan Marina
  • Muzium Warisan Hospital Tan Tock Seng
  • Muzium Permata
  • The Intan
  • Muzium SGH
  • Muzium Woodbridge

Edisi koleksi terhad juga akan dijual, yang mengandungi dua set penuh 43 reka bentuk sampul merah itu, serta reka bentuk edisi khas.

Sampuh merah tersebut mempunyai latar belakang berwarna jingga, berbanding latar belakang warna merah pada sampul yang boleh diambil di pelbagai lokasi.

Set tersebut berharga S$108, dan hanya 450 album akan dijual di Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen.

Pembeli yang berminat harus mendaftar di laman web Evenbrite bermula pukul 10.00 pagi pada 10 Januari sehingga pukul 6.00 petang pada 15 Januari. Pendaftar yang berjaya boleh membeli dan mengambil set itu pada 20 dan 21 Januari.

Kira-kira 50 set edisi koleksi boleh dibeli di lokasi pada 27 Januari, antara pukul 10.00 pagi dan 5.00 petang.

Penjualan ini terhad kepada emreka yagn belum membeli set tersebut ketika ia dijual buat pertama kali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita