Skip to main content

Singapura

Koleksi sampul hongbao Tahun Harimau ditawarkan di 35 muzium mulai 7 Jan

Koleksi sampul hongbao sempena Tahun Harimau boleh didapatkan dari 35 muzium, institut dan galeri warisan pada Tahun Baru Cina ini dengan setiap premis masing-masing menawarkan reka bentuk sampul yang unik.

Anggaran Waktu Membaca:
Koleksi sampul hongbao Tahun Harimau ditawarkan di 35 muzium mulai 7 Jan

(Gambar: National Heritage Board)

SINGAPURA: Koleksi sampul hongbao sempena Tahun Harimau boleh didapatkan dari 35 muzium, institut dan galeri warisan pada Tahun Baru Cina ini dengan setiap premis masing-masing menawarkan reka bentuk sampul yang unik.

Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Rabu (5 Jan) menyatakan bahawa pengunjung boleh mendapatkan set sampul hongbao edisi terhad itu sepanjang Kempen Hongbao Tahun Baru Cina Meja Bundar Muzium dari 7 Januari hingga 4 Februari.

Pengunjung dihadkan kepada satu set sampul hongbao setiap seorang, dengan setiap set mengandungi lapan sampul hongbao.

Meja Bundar Muzium itu merupakan himpunan lebih 60 muzium dan galeri warisan awam dan privet, ditubuhkan oleh NHB pada 1996 bagi menggalakkan budaya mengunjungi muzium di Singapura.

Dua anggota baru kepada kolektif itu iaitu - Galeri Warisan Geylang Serai dan Galeri Warisan Kreta Ayer turut serta dalam kempen kali kelapan itu.

NHB turut mengumumkanalbum edisi terhad akan dijual yang mengandungi dua set penuh kesemua 35 reka bentuk hongbao bagi Tahun Harimau.

Dijual pada harga S$70, album itu boleh dibeli mulai 22 Januari di Dewan Peringatan Sun Yat Sen Nanyang selagi stok masih ada.

Dua pemberian online turut akan diadakan di laman Facebook 'I Love Museums' di mana para anggota berpeluang memenangi set penuh paket merah itu secara percuma.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita