Skip to main content

Singapura

Kolej Yale-NUS sahkan lelaki didakwa curi rakam video wanita adalah pelajarnya

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang didakwa merakam video wanita dari bawah skirt dan ketika mandi di Kolej Yale-NUS ialah seorang pelajar di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
Kolej Yale-NUS sahkan lelaki didakwa curi rakam video wanita adalah pelajarnya

Brandon Lee Bing Xiang, pelajar Yale-NUS yang didakwa mengambil rakaman video dari bawah skirt dan ketika wanita sedang mandi di Kolej tersebut.

Diterbitkan : 03 Oct 2019 01:54PM Dikemas Kini : 03 Oct 2019 01:56PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang didakwa merakam video wanita dari bawah skirt dan ketika mandi di Kolej Yale-NUS ialah seorang pelajar di sana. Demikian disahkan oleh institusi itu pada Khamis (3 Okt) dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.

Kolej Yale-NUS menambah Brandon Lee Bing Xiang, yang didakwa pada Selasa (1 Okt) dengan 24 tuduhan menceroboh privasi wanita untuk mencabul kehormatannya, telah digantung dari pengajian di institusi tersebut sejak Mac lalu.

Sebelum ini, tidak jelas sama ada Lee ialah seorang pelajar di kolej berkenaan.

"Brandon Lee Bing Xiang, seorang pelajar di Kolej Yale-NUS, didakwa di mahkamah kerana mencabul kehormatan seorang pelajar. Dia digantung dari kolej sehari kemudian setelah Kolej dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada Mac 2019," menurut institusi itu.

Ia menyatakan ia sudahpun menghubungi pelajar wanita terjejas itu untuk menghulurkan sokongan yang diperlukan.

Kolej tersebut menambah ia "mengambil pandangan yang serius mengenai tuduhan salah laku seksual".

Lee melakukan kesalahannya sama ada di dalam bilik darjah atau bilik mandi di kolej sastera bebas tersebut antara Ogos 2017 dengan Mac tahun ini, menurut kertas pertuduhan.

Dia dituduh menyasarkan sekurang-kurangnya empat wanita berbeza sebagai mangsa.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita