Kolej Pengajian Islam Singapura dapat penuhi keperluan sosioagama masyarakat Islam SG: Masagos
SINGAPURA: Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli yakin Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) yang bakal dibangunkan dapat melahirkan barisan ulama dengan kemahiran yang berlandaskan konteks Singapura.
Menulis di Facebook, Encik Masagos juga melahirkan penghargaannya kepada PM Wong atas sokongan beliau bagi pembangunan SCIS.
Dalam ucapan NDR pada Ahad (18 Ogos), PM Wong memberi jaminan untuk melaksanakan projek SCIS.
"Kita sedang mengorak langkah demi membina masyarakat Melayu/Islam yang moden dan progresif, sambil mengekalkan adat resam dan cara hidup kita yang tersendiri. Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) yang bakal dibentuk akan melahirkan barisan ulama Islam Singapura masa hadapan.
"Terima kasih kepada PM Wong kerana menyokong pembangunan SCIS. Ia akan memperkasa barisan ulama Islam Singapura masa hadapan dengan kemahiran yang berlandaskan konteks Singapura. Bersama dengan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) dan Salam SG, SCIS akan memenuhi keperluan sosio agama masyarakat Islam Singapura," nyata Encik Masagos.
Encik Masagos juga menyeru masyarakat berganding bahu mengukuhkan lagi kepercayaan yang sudah lama terjalin dalam membina masa hadapan yang makmur untuk Singapura.
Projek kolej Islam Singapura itu pertama kali diumumkan pada tahun 2016 oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ketika itu, Dr Yaacob Ibrahim.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.